Tenom: Seorang pegawai polis yang ditugaskan merampas telefon bimbit daripada saksi dalam kes gangguan seksual Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew tidak memeriksa kandungan peranti itu walaupun mengetahui kes itu melibatkan pendakwah tersebut.
ASP Salwani Mohd Hadzir, 40, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau dimaklumkan kes itu melibatkan pendakwah popular, namun tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.
Mengenai tindakannya menaip seksyen Kanun Keseksaan pada gambar telefon bimbit dan kad SIM, Salwani berkata, beliau berbuat demikian sebelum menyerahkan barang rampasan kepada pegawai penyiasat di Bukit Aman.
Ketika ditanya Nor Azizah mengapa Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang ditaip, saksi berkata, ia kerana siasatan sedang dijalankan membabitkan seksyen itu.
Pihak pendakwaan turut memanggil pendakwah Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga pengasas dan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM).
Saksi ketiga itu memberitahu mahkamah bahawa pengadu dalam kes itu adalah antara mangsa gangguan seksual yang dibantu MRM.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – HM