Semasa

Susut 30 Kg Berat Badan, Pembantu Rumah Diseksa Majikan Sejak 2019 Akhirnya Berjaya Diselamatkan

Susut berat badan lebih 30 kilogram (kg) akibat kekurangan zat makanan, seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirinya diseksa oleh majikannya tanpa rasa simpati, lapor AWANI.

Difahamkan, wanita terbabit turut melaporkan bahawa dia pernah disimbah dengan air panas sehingga melecur pada badan sejak mula berkhidmat pada tiga tahun lalu.

Menurut AWANI, mangsa yang mengalami trauma ekoran insiden itu kini mendapat perlindungan di sebuah pusat jagaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia turut diarahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan untuk menyiasat kes tersebut dengan lebih mendalam selepas mendapat perhatiannya.

Menurut Saravanan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan untuk melindungi identiti jika didapati melakukan perkara kejam walaupun masih dalam peringkat siasatan.

Sehubungan itu, perintah reman suspek disambung semula bermula Isnin dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, lapor AWANI.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *