Semasa

Kes culik ejen kosmetik, keluarga terkejut tak percaya Azi selamat. Rupanya ini punca sebenar

Kuala Lumpur: Ejen jualan kosmetik yang dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, Kelantan, pada 13 September lalu, berjaya diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, wanita terbabit diselamatkan di Thailand dan sudah dibawa pulang ke Malaysia, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Acryl berkata, PDRM menzahirkan penghargaan kepada Polis Thailand dan Kedutaan Malaysia di negara itu atas kerjasama serta bantuan dalam usaha dilaksanakan bagi menyelamatkan mangsa culik.

Beliau juga menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kejadian yang menyalahi undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Keluarga kepada seorang ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini pada 13 September lalu terkejut dan masih tidak percaya wanita itu berjaya ditemui dalam selamat.

Kakak Azi yang enggan dikenali berkata, setakat ini, dia dan ahli keluarga lain tidak percaya Azi selamat selagi tidak bertemu mata dengan adiknya itu meskipun polis sudah mengeluarkan kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, dia sudah menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azi selamat sejak petang tadi.

“Bagaimanapun, kami tidak percaya kerana banyak sangat berita palsu tersebar sebelum ini. Adakah berita ini sahih?

“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam ini. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, setakat ini, keluarganya masih tidak menerima sebarang maklumat daripada polis mengenai keadaan Azi meskipun ada yang mengatakan adiknya itu sudah berada di Malaysia.

“Jika berita ini sahih, kami tidak sabar untuk bertemu dengannya tapi tolonglah beritahu di mana Azi sekarang ini,”katanya.

Kosmo! Online sebentar tadi melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.

Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

“Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber – HM, Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *