Semasa

‘RM5 Siap Ada Daging Kot’-Peniaga Nasi Lemak Kecewa Pelanggan Merungut Harga Mahal

Harga barang yang semakin mahal sememangnya membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia terbeban. Langkah paling mudah untuk menjimatkan kos makan adalah dengan memasak juadah di rumah.

RAKAMAN VIDEO SILA KLICK DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, bukan semua berkesempatan untuk memasak memandangkan ramai yang tergesa-gesa pergi mencari rezeki di awal pagi.

  

‘RM5 Siap Ada Daging Kot’-Peniaga Nasi Lemak Kecewa Pelanggan Merungut Harga Mahal

Ujarnya, dia sudah letih menjawab persoalan pelanggan yang tidak sudah-sudah membandingkan harga nasi lemaknya sedangkan mereka tahu dia menjual nasi lemak dengan lauk daging sambal.

“Dah letih nak hadap semua ni. Untuk mak cik atau pak cik bawang, atok nak cuba buka mentaliti semua. Ni ada 2 nasi lemak. Telur, kacang, ikan bilis, timun. Semua sama kecuali kuantiti lauk daging. Untuk yang sedikit, ada yang jual RM3.” 

Harga RM5 portion lagi besar

“Dan untuk yang daging banyak macam ni, atok jual RM5 (gambar bawah). Memang sama, tapi cubalah tengok portion dia. Daging yang ni banyak mana, yang tu banyak mana. Kalau hampa nak cakap RM3 murah, memang lah murah sebab RM3, dia letak lauk sedikit.

Yang daging banyak tu, atok jual RM5. Tengok lah banyak mana daging dia. Hampa jangan lah cakap mahal. Untuk orang yang suka bawa mulut tak elok tu, cubalah tengok balik daging atok banyak mana. Hampa tahu ke daging sekilo berapa yang hampa nak cakap mahal tu?”luahnya.

‘RM5 Siap Ada Daging Kot’-Peniaga Nasi Lemak Kecewa Pelanggan Merungut Harga Mahal

Janganlah kata mahal

Jelasnya lagi, dia tidak kisah andai mahu membeli nasi lemak yang lebih murah, namun janganlah mengatakan nasi lemak yang dijual mahal sedangkan mereka tahu lauk-lauk yang ditambah di dalamnya tidak sama dengan nasi lemak kosong.

“Hampa nak pilih nasi lemak murah, atok boleh terima tapi janganlah cakap atok jual mahal. Hampa faham tak keadaan atok ni macam mana. Hampa nak compare harga nasi lemak atok RM5 dan nasi lemak orang jual RM3 boleh, tapi tengoklah portion dia sekali lagi. Tolonglah jangan bawa mulut. Jangan nak jatuhkan periuk nasi atok sebab atok berniaga,” ujarnya.

Tambahnya, dia boleh sahaja menjual nasi lemak dengan harga yang murah namun dia lebih memikirkan tentang kualiti serta kepuasan pelanggan tiap kali menikmati masakannya.

“Atok boleh jual RM3, tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengah hari,”katanya lagi.

Mana nak dapat harga murah macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat menyokong apa yang dikatakan peniaga terbabit kerana faham harga barangan masak sekarang mahal.

Bahkan mereka merasakan harga tersebut bersesuaian dengan portion yang diberi kerana nasi lemak berlaukan daging atau sebagainya kadang-kala jauh lebih mahal berbanding yang dijual oleh peniaga berkenaan .

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

TONTON RAKAMAN VIDEO : toklee_grandpader

Sumber: TikTok @toklee_grandpader

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *