Semasa

Ibu Bapa Yg Kurung & Rantai Anak Sehingga Kebuluran Gara² Anak Sering Habiskan Makanan Akhirnya Terima Padah

Seorang remaja berusia 15 tahun disyaki telah menjadi mangsa pengabaian dan penderaan oleh bapa dan ibu tirinya setelah rakaman yang memaparkan keadaannya tular di media sosial.

Memetik laporan Kompas.com, video tersebut memaparkan keadaan mangsa yang ketika itu memakai baju berwarna merah dan duduk bersila di atas tanah, dengan kakinya dirantai.

Mereka berkeras untuk mengambil mangsa pulang ke rumah tetapi dihalang oleh penduduk tempatan.

Sementara itu, mangsa dikatakan telah didera dan dirantai kerana dianggap sering menghabiskan banyak makanan di rumah.

“Tadi saya sempat berbual dengan ibu bapa mangsa, dakwa mereka mangsa sering menghabiskan makanan.

“Mereka juga mengikat mangsa kerana takut mangsa mengambil makanan jiran-jiran mereka,” kata Ketua Lembaga Perlindungan Anak Indonesia (LPAI) Bekasi Raya Frans Sondang Sitorus.

Dalam pada itu, berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Besar Wilayah Kota Bekasi, mangsa dikatakan mengalami kesan lebam di pergelangan tangan dan kaki.

“Ada kesan lebam di pergelangan kakinya, mungkin akibat rantai yang diikat ibu bapanya dan di pergelangan tangan kirinya,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bekasi Metro, Pesuruhjaya Polis Ivan Adhitira.

Jika terbukti ibu bapanya melakukan penderaan, kedua-duanya akan didakwa mengikut Undang-undang No.35 Tahun 2014 mengenai Perlindungan  Anak.

 

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *