Semasa

Anak Masih menyusu Badan, Ibu Senang Bawa Anak Masuk Hutan Sejak Darii Usia 4 Bulan,

BUKAN biasa-biasa apabila seorang ibu menyusukan anaknya di dalam hutan.

Menggelarkan dirinya sebagai ‘gadis hutan’ menerusi video yang dikongsi di laman sosial, wanita itu kelihatan selesa menyusukan anaknya di laluan trek.

“Bila gadis hutan dah jadi mak. Angkut anak masuk hutan sekali,” menurut keterangan video sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Adilah Suhailin Kamaruzaman mengakui dirinya sering membawa masuk anak lelaki yang berusia setahun dan empat bulan ke dalam hutan.

Lebih dikenali sebagai Sue Kz, dia bagaimanapun mempunyai alasan setiap kali membawa anaknya masuk ke hutan yang turut disertai suaminya.

“Sejak ada anak, saya nak dedahkan dia kepada alam semula jadi dan kurangkan skrin (penggunaan gajet) dengan membawanya keluar dari rumah.

“Saya bukanlah kaki hiking tapi adalah conservationist (pemulihara) alam. Saya biasakan pendedahan anak dengan hutan supaya dia cintakan alam semula jadi, dan jadi tahan lasak,” ujarnya yang berasal dari Besut, Terengganu.

Sue Kz mahu anaknya membiasakan diri dengan alam semula jadi.

“Paling penting kawasan hutan yang child friendly (mesra kanak-kanak). Maksudnya tiada binatang buas dan tiada kecuraman yang membahayakan di sepanjang laluan,” tambahnya.

Suami sentiasa menemani Sue Kz dan anak masuk ke hutan.

Ditegur netizen mengenai kebimbangan terhadap makhluk halus, wanita itu sebenarnya lebih takut dengan pengaruh media sosial yang tidak baik boleh mempengaruhi anaknya.

“Setiap kali masuk hutan, kami akan baca doa untuk pelindung diri. Secara peribadi, saya sebenarnya tak takut hantu dalam hutan, dan rasa pendedahan gajet lebih bahaya.

“Dalam tak sedar, kesan (gajet) membuatkan anak-anak mudah berdamping dengan ‘hantu’ yang kini menjadi trend seperti Huggy Wuggy, Mommy Long Legs dan Siren Head, sehingga anak-anak memuja ‘hantu-hantu’ ini. Benda-benda ini yang lebih merosakkan anak-anak,” tambahnya.

Aktiviti masuk ke hutan menjadi kebiasaan buat Sue Kz, suami dan anak.

Sue Kz turut bersyukur kerana anaknya tidak meragam setiap kali mereka masuk ke hutan sekali gus memudahkannya untuk menyusu.

“Anak tak menangis bila masuk hutan. Setiap kali kami berehat, anak yang dah boleh berjalan boleh main daun dan kenal spesies tumbuhan lain.

“Sebenarnya anak lebih mudah menangis apabila masuk shopping mall, mungkin kerana ramai orang… macam di kenduri dia mudah menangis sebab tak selesa” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *