Alor Gajah: Gerak hati seorang remaja perempuan yang curiga selepas menghantar sahabatnya berjumpa seorang lelaki petang semalam, menjadi kenyataan apabila rakan sekolahnya itu ditemukan mati di dalam sebuah kereta pagi tadi.
Menurut Damia, tidak menyangka semalam adalah kenangan terakhir mereka bersama dan sempat membawa mangsa bersiar-siar dengan menunggang motosikal.
Sementara itu, bapa saudara remaja lelaki itu berkata, mangsa adalah anak sulung kakaknya daripada enam beradik dan seorang yang pendiam namun mempunyai ramai kenalan.
Menurutnya, mangsa adalah bekas penuntut sebuah akademi laut di Kelantan dan bakal bekerja dalam bidang perkapalan.
“Dalam dua minggu lagi dia bakal bekerja kapal mengikut jejak ayahnya yang juga bekerja dalam bidang sama.
“Ibunya beritahu sebelum kejadian iaitu selepas asar, arwah ada meminta izin menggunakan kereta bapanya untuk pergi ke pantai, tidak sangka ini yang berlaku,” katanya ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Menurutnya, mereka sekeluarga difahamkan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah atau tanda kedua-dua mangsa melakukan perkara sumbang di dalam kenderaan itu.
Katanya jenazah anak saudaranya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru.
Sementara itu, ibu mangsa enggan ditemubual kerana masih terkejut dan amat bersedih dengan kejadian.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – HM