Semasa

Dua Hari Tak Keluar Rumah, Anak Terkejut Lihat Bapa Yg Rupanya Sudah Meninggal Dunia & BeruIat

Seorang anak terkejut apabila menemui mayat bapanya dalam keadaan ‘sudah berulat’ selepas pulang ke rumahnya di sebuah perumahan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur hari ini, lapor Kosmo!.

PUNCA KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Mangsa yang berusia 77 tahun itu ditemui oleh anak perempuannya sebelum satu laporan dibuat kepada pihak polis sekitar jam 2.09 pagi, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

“Pihak bomba dipanggil untuk mengeluarkan mayat kerana sudah terperosok di bawah antara katil dan almari kabinet,” maklumnya menerusi Kosmo! hari ini.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Tambahan lagi, mangsa dipercayai telah meninggal dunia melebihi waktu sehari ekoran keadaan mayat yang sudah busuk dan berulat, lapor  Kosmo! lagi.

“Pasukan Forensik Polis Kuala Lumpur juga hadir dan mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” maklum Eng Lai menerusi Kosmo!.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *