Semasa

“Ramai dah kena tipu..” Lelaki merayau di hospitaI minta duit kononnnya bayaran biI lstri bersalin, akhirnya ini yg berlaku

Kota Bharu: Modus operandi yang digunakan adalah ingin membayar bil isteri bersalin dengan mensasarkan hospital dan klinik di bandar ini untuk mendapatkan wang.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Taktik itu didakwa digunakan seorang lelaki berusia sekitar 30-an yang menghampiri mangsa berbekalkan wajah sedih dan menangis sambil memberitahu tiada wang atau kewangan tidak mencukupi untuk membayar kos rawatan isteri yang bersalin.

Siti Nurul Salsabila berkata, mereka cuba menghubungi lelaki itu keesokan hari, namun gagal.

Menyedari ditipu mereka membuat laporan di balai polis sebelum pihak polis memaklumkan sudah ramai yang terkena dengan lelaki berkenaan.

Dia bertindak memuat naik hantaran bersama salinan laporan polis serta gambar lelaki itu di Facebook miliknya dengan tujuan mendapat makluman daripada sesiapa yang mengenali namun tidak menyangka menerima banyak komen termasuk daripada beberapa mangsa.

“Sekurang-kurangnya hantaran saya itu dapat membantu orang lain berhati-hati agar tidak ditipu dan mengelakkan daripada membantu orang yang salah,” katanya.

Komen turut diterima seorang suri rumah yang enggan dikenali memberitahu suaminya dihampiri lelaki yang sama ketika baru selesai mengambil wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di perkarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dua bulan lalu.

“Lelaki itu merayu agar dibantu kerana ingin menjelaskan bil bersalin isterinya berjumlah RM140 tapi suami tidak memberi kerana wang yang dikeluarkan cukup-cukup untuk perbelanjaan sendiri.

“Tidak lama selepas itu saya mendapat tahu lelaki itu sudah lama menjalankan kerja mencari wang dengan cara mudah di hospital dan ramai yang sudah menjadi mangsa,” katanya.

“Sbnarye bukan susah sgat pkra mcm ni,andai dtg org minta bantuan,kita nk bantu,tgok ape dia mahu…contoh kes ni,kita boleh minta dia bil hospital mna nk bayar,mesti dikaunter dn punyai surat byaran..jika dia x kemukan,jgan kita bagu..klau kita ada niat nk bntu..nak betul kpastian,kita pergi kaunter hspital,kita byarkan trus..jgn bgi pluang kita ditipu” – Jannah Firdaus

“org Malaysia x kira bangsa semua baik2.. dlm 30 org dia rayu, mungkin 10 org akan kesian & bantu.. sbb tu ade byk kes mcm ni.. kt socmedia pn ade segelintir kes mcm ni.. mintak bantuan itu ini, smpai guna gambar org lain.. kalau kite x kisah xpe la, anggap je bkn rezeki kite.. inshaAllah pahala tetap mengalir sbb niat baik kite walaupun kite ditipu..” Omar Qayyum

“Allahu pelbagai taktik digunakan mendapat wang dgn cara mudah… Ingatlah menipu utk menagih simpati itu lambat-laun diketahui juga… Semoga dijadikan pengajaran kpd kita semua” – Anismah

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *