Semasa

Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ Buat Ramai Kagum, Tangan Haancur Seminggu Sebelum Nikah.

BAKAT lelaki ini menebar ‘roti canai terbang’ sememangnya membuatkan rata-rata pengunjung gerai di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam, Melaka, terkesima dan tidak mengelipkan mata.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Malah aksi lincahnya yang turut dikongsikan di laman TikTok turut mengundang pujian netizen yang meluahkan rasa kagum, kerana lelaki ini mampu menebar dan menerbangkan roti canai dengan sebelah tangan sahaja!

Menurut Kharil Badri, pihak hospital cuba untuk menyelamatkan tangan kirinya dengan melakukan pembedahan.

“Masa tangan kiri belum dipktong, saya alami pengalaman yang aneh sepanjang di hospital. Setiap jam saya dengar orang azan, dan tidak lama kemudian ada kumpulan makhluk berpakaian serba putih datang.

“Yang pasti mereka tak sama macam orang biasa. Apabila tanya doktor yang tengah check saya ketika itu, mereka kata tak nampak apa-apa. Lima hari hadap pengalaman mistik itu, hinggalah akhirnya tangan saya tak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

“Mula-mula ia dipotong paras siku, kemudian dipotong hingga pangkal bahu. Selepas diptong, makhluk misteri itu dah tak datang,” kongsinya.

Pasangan bahagia ini dikurniakan sepasang cahaya mata. Tambah Kharil Badri, kemalangan itu berlaku seminggu sebelum dia dan pasangannya diijabkabulkan.

Disebabkan kejadian pahit tersebut, majlis pernikahannya terpaksa ditangguhkan dua bulan kemudian.

“Alhamdulillah walaupun hilang sebelah tangan, isteri menerima saya seadanya. Dia juga parah dalam kemalangan tersebut iaitu mengalami kecederaan pada tulang lutut dan paha.

“Disebabkan kemalangan tersebut, kami berdua ditakdirkan sama-sama jadi orang kelainan upaya (0KU). Alhamdulillah, kami bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata yang kini berusia lima tahun dan empat tahun,” ceritanya.

Mengakui hati kecilnya berasa sedih mengenangkan nasib yang menimpa diri, namun lelaki ini enggan membiarkan dirinya hanyut dibuai perasaan.

“Sedih tu ada, tapi saya fikir hidup ini hanya pinjaman. Nyawa pun pinjaman apatah lagi anggota badan. Saya ambil masa beberapa bulan juga nak biasakan diri guna sebelah tangan.

“Tapi selepas keluar hospital dan sihat, saya terus ke gerai tempat saya bekerja. Saya dah jadi penebar roti canai selama 14 tahun, kiranya dah sebati dalam diri. Cuma ambil masa sekejap untuk menebar dengan sebelah tangan.

Bersama majikan yan juga pemilik gerai Ujang Asam Pedas Claypot, Amizan Abu Kassim.

“Mula-mula tak dinafikan memang sukar. Tapi lama-lama berlatih jadi bila biasa, ok saja. Apa yang saya boleh kongsikan, jangan pernah jemu berusaha. Selagi berusaha, Tuhan akan bantu. Kalau kita tak berusaha, takkan ada perubahan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu warga maya turut melahirkan rasa kagum dengan kecekalan Kharil Badri berdepan ujian.

“Hati kau kuat bro! semoga dilimpahkan rezeki yang berkat.

“Kuatnya semangat… Allahuakbar. Respect sangat-sangat dan semoga terus dilimpahkan seluas-luas rezeki ya,” demikian kata beberapa netizen.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber – sinarviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *