Semasa

Nor Haliza Bersama Ibu dan Anaknya Maut Terlibat Nahas KemaIangan Tiga Kenderaan

Tangkak: Tiga beranak terdiri ibu, anak dan cucu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat di sini, semalam.

“Kereta dinaiki empat sekeluarga itu kemudian dipercayai berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Mazda yang cuba mengelak namun terlanggar bahagian belakang kereta mereka,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) K Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.19 petang.

Katanya, seramai 15 anggota dari BBP Tangkak dan BBP Segamat dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua Perodua Myvi dan sebuah kenderaan utilliti sukan (SUV) Mazda CX5 serta seramai enam mangsa.

“Dua mangsa yang tersepit tersepit di tempat duduk dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya.

Katanya, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis manakala dua lagi mangsa dalam Perodua Myvi berkenaan yang cedera dihantar ke Hospital Tangkak dengan ambulans.

Kumar berkata, pemandu sebuah lagi Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran di Johor, Khoo Ling Wei, 26, dan pemandu Mazda CX5, Muhammad Loqman, 26, terselamat.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 4.40 petang.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *