Semasa

Cmburu Anak Manja Dengan Pengasuh, lbu TinggaIkan Duniɑ Korprat Takut HiIang Kasih Sayang Sbagai Ibu

WANITA berkerjaya khususnya para ibu sering tersepit antara impian untuk mengejar cita-cita dalam karier dan tanggungjawab sebagai pengurus keluarga.

Namun pada akhirnya anak-anak menjadi faktor utama yang akan mempengaruhi pilihan si ibu.

Begitulah jua cerita seorang wanita dikenali sebagai Puteri Azie yang sanggup melepaskan jawatan terakhir sebagai Pengurus Eksekutif Kewangan di sebuah syarikat demi kasih sayang kepada anak-anaknya.

Dia yang tular di media sosial baru-baru ini kerana sanggup berniaga nasi bungkus di tepi jalan walaupun memiliki paras rupa yang cantik, rupa-rupanya menyimpan 1,001 kenangan hidup sepanjang membesarkan anak-anaknya.

Menceritakan serba sedikit kisahnya kepada mStar, wanita berusia 44 tahun itu berkata, dia nekad melepaskan jawatan selepas salah seorang daripada anaknya tidak sihat.

Memilih berniaga di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor, ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, nasi kerabu jualannya mula bertapak di sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja.

Jelasnya, pada masa itu, dia mula membuat flyers untuk diedarkan dari pintu ke pintu rumah seolah-olah mempromosikan produk jualan.

Saya mula berniaga selepas suami meninggal. Saya buat apa sahaja kerja yang boleh bantu untuk besarkan anak-anak tambahan pada waktu itu terdapat sedikit kesulitan.

Jadi saya mulakan dengan fotostat flyers dan edarkan di kawasan apartment tempat saya tinggal, dari rumah ke rumah.

Apabila balik kerja, mereka terus order dan bermula dengan 10 tempahan makanan disediakan. Ia semakin bertambah, maksudnya masakan saya orang boleh terima.

“Pertambahan tempahan makanan membuatkan saya terdetik untuk pergi keluar. Semasa membeli burger di Seksyen 13 Shah Alam, saya bertanyakan jika boleh berniaga di situ,” ceritanya.

Menurut anak jati Tanah Merah di Kelantan, urusannya untuk mula berniaga di tepi jalan dipermudahkan.

Malahan, dia dibantu oleh seorang peniaga durian yang meminjamkannya generator, meja dan khemah untuk memulakan jualan.

“Saya tanya peniaga durian dan dia bagi saya berniaga di situ. Siap bagi saya duduk tempat dia.

Anak sulung Azie berjaya melanjutkan pelajaran di Jerman hasil didikannya.

“Ada yang pernah tanya kenapa saya tak buka kedai, saya jawab sebab nak duduk dengan anak-anak supaya saya tahu mereka pergi mana dan buat apa.

“Selepas balik berniaga dalam pukul 10.30 malam tu, saya akan semak kerja sekolah mereka… pendek kata saya juga menjadi cikgu mereka di rumah dan sering membelikan buku latihan untuk ulang kaji,” katanya.

Meskipun kesemua anaknya sudah meningkat dewasa, Azie tetap memilih untuk meneruskan jualan di tepi jalan.

Malah dia mengakui enjoy dengan corak berniaga seperti itu yang tidak serabut dan lebih mudah untuk bersama keluarga.

Sehingga kini, sudah 18 tahun Azie mencari rezeki dengan menjual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak.

Berkongsi ‘rahsia’ kekal awet muda, ujarnya, dia hanya mengamalkan pengambilan jamu dan kopi khas selain tidak membiarkan diri berada dalam keadaan stres dengan urusan yang tidak berkepentingan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *