Semasa

“Kesan gigitan penuh satu badan..” Wanita 29 tahun ditemui mati diserang anjing liar. Salam takziah buat keluarga

SEMPORNA: Seorang wanita ditemukan mati dengan pelbagai kesan kecederaan dipercayai akibat diserang anjing liar, berhampiran simpang Kampung Batu dekat sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 8 pagi.

Mohd Farhan berkata, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan atau Majlis Daerah Semporna sekiranya melihat atau mengesan kehadiran anjing liar.

“Sebarang maklumat berkaitan dengan kejadian ini boleh disalurkan kepada Ketua Polis Balai, Balai Polis Semporna, Inspektor Mustapha Abdul Majid di talian 089-782020,” katanya.

“Anjing liar ni merbahaya. Kalau kita tak attack pun dia kejar jugak. Masa lalu dekat anjing mmg rasa jantung nk tercabut. Jln mcm biasa walaupun dia ikut laju2 kat belakang. Kalau budak2 yg xtau pape jumpa lari kena kejar lg bahaya. Penah nmpk klip video cctv budak kecik kena kekah dgn anjing kat kepala.” – Ah As

“Saya hr2 pegi kj ,melalui jln yg mmg port anjing liar selalu ada,terpaksa patah balik jln lain ,dr jauh dia dh menyalak dh,semoga pihak berwajib ambil la tindakan,nk gi kj pun x tenang,ank sy pun pernah diserang anjing liar,nasib ada org awam yg membantu,area skudai” – Mawar

“Dkat tmn kami pun ada ajing klau nmpat org ja dia akan kjar ajing x bertuan dah report pun x dak tindakan pun klu dah ada org yg cedera atau pun mati baru la nk ambil tindakan..” – Zuwayda

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *