Semasa

Konon Beri Alasan Mahu Lawat Anak Buah. Rupanya Bekas Adik Ipar Tipu, Ambil Kereta Utk Dijual

Kelmarin, seorang ibu tunggal telah diuji hebat apabila kereta yang selama ini ditanggung olehnya tiba-tiba dirampas.

Terdahulu, penama asal kenderaan tersebut adalah bekas adik iparnya susulan namanya telah kena blacklist daripada buat loan ketika itu. Selang beberapa bulan berikutnya pula, jodoh dengan bekas suami pula tidak panjang sekali gus bawa haluan masing-masing.

PUNCA KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

CAKAP NAK DATANG TENGOK ANAK SAUDARA..KITA SIAP LAYAN ELOK2 HIDANG AIR, RUPANYA ADA NIAT BURUK

Disangka tiada masalah, Zura Putra kemudiannya kerap didesak untuk tukar penama kereta ke atas akaun milik syarikat perniagaannya. Walau bagaimanapun, ia sukar untuk dilakukan dalam masa yang singkat kerana perlu melalui banyak prosedur selain mengurus anak-anak seorang diri.

Sehinggalah baru-baru ini, mereka maklumkan kononnya ingin datang ke rumah untuk ziarah anak buah. Tanpa disangka-sangka, rupanya niat sebenar adalah untuk ambil kenderaan itu sekali gus dijual. Selain baru saja renew road tax, Zura akui agak ralat kerana bekas adik iparnya langsung tidak hulurkan walau sesen pun ketika itu.

Susulan kejadian tersebut, Zura turut mengakui silapnya tidak sediakan dokumen perjanjian mengenai tempoh tukar penama terlebih dahulu. Meskipun sudah dinasihati pelbagai pihak, tapi ketika itu dia tetap percaya bahawa bekas adik ipar tidak akan mengkhianatinya. Namun apakan daya, akhirnya nasi sudah menjadi bubur.

Konon Mahu Lawat Anak Buah, Sekali Bekas Adik Ipar Ambil Kereta Untuk Dijual

Tambahnya lagi, perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan pihak keluarga sebelah sana. Sebaliknya Zura cuma terkilan dengan sikap langsung tidak bertolak ansur terhadap nasibnya dan anak-anak, mungkin gara-gara dirinya sudah pun berkahwin dengan suami baru.

Konon Mahu Lawat Anak Buah, Sekali Bekas Adik Ipar Ambil Kereta Untuk DijualKonon Mahu Lawat Anak Buah, Sekali Bekas Adik Ipar Ambil Kereta Untuk Dijual

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Kredit : FB Zura Putra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *