Semasa

Kucing Yg Patah Hati, MenoIak Makan Dan Minum Setelah Tuannya MeninggaI Dunia

Kucing adalah makhluk yang dekat dengan kita, selalu menjadi binatang peliharaan buat sesetengah manusia. Bagi mereka, kucing adalah pilihan akhir untuk membunuh sunyi.

Kucing juga mampu mengenal tuannya dengan lebih dalam apabila mereka rapat dan sentiasa menghabiskan masa bersama. Tetapi tahukah anda bahawa kucing juga mampu untuk merasa kehilangan?

Itulah yang terjadi di Indonesia apabila kucing peliharaan sangat setia kepada pemiliknya sehingga menolak untuk makan atau minum selepas tuannya meninggal dunia.

Kisah ini telah dikongsi lebih 47,000 kali di Facebook dan ditulis oleh Fadhil Raihana, penjaga kepada Rambo, nama kucing peliharaan.

Selepas kucing comel yang merindukan tuannya itu keluar dari hospital, Rambo kelihatan kurang aktif. Dia hanya akan duduk di hadapan televisyen atau membunuh waktu dengan tidur.

“Pandangannya tetap kosong walaupun kami telah mengurusnya dan memberi makan kepadanya dengan makanan yang tinggi dalam vitamin.”

Ternyata, kesakitan yang dilalui oleh Rambo bukanlah fizikal. Menurut doktor haiwan, kucing juga boleh mengalami kehilangan dan berasa sedih.

Ketika di bawa ke kubur, Rambo memilih untuk duduk di hadapan batu nisan ketika mereka membaca doa kepada tuannya.

“Kami hanya boleh menyaksikan Rambo mempunyai momennya dengan bapa saya.” Katanya.

Walau pun tuannya sudah mati, Rambo tetap di sayangi oleh seluruh ahli keluarga. Dia berjaya pulih dari dehidrasi dan kembali aktif seperti sedia kala.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Fb Fadhil Raihana, thevocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *