Seorang lelaki di Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia, nekad membakar isterinya sendiri dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, 17 September 2022.
RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI
Suspek berbuat demikian kerana dipercayai bengang dengan isterinya yang selalu bermain telefon bimbit semasa dia berada di rumah. Bengang dengan sikap isterinya itu, suspek kemudian keluar membeli tiga botol minyak.
Mangsa terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan berjaya meloloskan diri ke luar rumah yang ketika itu sudah dikerumuni para penduduk setempat.
Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami melecur di bahagian betis kaki kiri akibat dari bawah sampai ke bahagian paha.
Sementara itu, saksi yang juga jiran mangsa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi dan mereka terdengar jeritan mangsa meminta bantuan.
“Ada terdengar jeritan mangsa meminta tolong lebih dari sekali dan selepas itu saya ternampak orang ramai berkumpul di depan rumah suspek.
“Mangsa dikejar oleh suaminya tanpa henti dan juga kelihatan kaki mangsa mengalami luka terbakar. Seram tengok, masa itu api di kakinya masih menyala. Saya terus bawa dia masuk dalam kereta dan hantar klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Ketua Polis Sukamakmur, Sutopo Pranolo berkata, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Semakan polis juga mendapati, suspek adalah bekas banduan yang baru dibebaskan dua hari lalu, setelah selesai menjalani hukuman hampir tiga tahun atas kesalahan mencuri motosikal.
“Laki ppuan ni same je klu dpt main hp xingat dunia..tp kite ade cara utk mengubah nye..bkn menambah mslh diri sdiri..lgpon kite xtau mslh sbnar knape bleh blaku camtu.. tindakan membakar itu tetap slh walaupun isterinya main hp smpai lupa tanggungjawab..kite ade undang2 n ade pikiran yg bleh setel dgn cara baik..elok2 bebas kmane saje xpsl2 ke lokap..” – Ramlah
“Suami bru kluar pnjra 2 hri …ko plak asyik main hp…stkt bkr ko dia tak heran dh sbb dh 3 thn dok dlm pnjra sblm ni…ni bkn psl ko main hp ni..ni mesti kes lain jgk ni..mrh & nekad.” – Yusnita
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Sumber – Kompas