KLANG – Seorang penghantar makanan maut manakala seorang penunggang motosikal parah dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, di sini pada Jumaat.
RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 2.30 petang melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.
“Penghantar makanan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital,” katanya.
Kejadian itu tular selepas rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan kenderaan suspek memaparkan dua buah SUV terbabit bergesel lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Vijaya Rao berkata, kedua-dua pemandu SUV yang berusia 20 dan 24 tahun terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318,” ujar beliau.
“Speechless…bila Ajal kita dah sampai…duk diam2 kat lorong betul,tak kacau pun tetap kena rempuh…semoga ada keadilan buat Rider yg terlibat..semoga syurga buat rider yg terkorban dihari jumaat,semasa diri mencari nafkah utk hidup…semoga kedua driver kete dpt hukuman yg setimpal…” – Azizan
“Nauzubillahiminzalik. Kejamnya lah. Bawa kereta macam tu sekali? Nak masuk neraka, pergi sendiri. Jangan bawa orang tak bersalah.Innalillahi wainnailaihi ro’jiun moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman aamiin ya mujib” – Ummi
“Mangsa baru dua minggu kahwin..Arwah seorang Saha at dan adik yang cukup baik..Allahuakbar..
Alfatiha” – Roseniza
“Semoga pesalah tersebut mendapat hukuman yg setimpal..org tak bersalah menjadi mangsa..takziah utk keluarga mangsa…” – Norshita
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI
Sumber SH, Facebook