SEREMBAN – Seorang wanita yang diculik di kawasan Broga, Lenggeng ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada Selasa.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihak polis menerima laporan berhubung penculikan wanita berusia 27 tahun itu pada Isnin.
“Pemeriksaan lanjut dijalankan dan mayat berkenaan disahkan merupakan mangsa di dalam kes yang sedang disiasat.
“Ia berdasarkan kepada kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang ditemui bersama mangsa serta pengecaman oleh ahli keluarga,” katanya.
Beliau berkata, dengan penemuan mayat itu pihak polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan tangkapan seorang suspek lelaki berumur 20-an di kawasan Ampang, Selangor.
“Hasil ujian air kencing terhadap suspek yang merupakan pekerja swasta itu adalah negatif.
“Suspek seterusnya direman selama 15 hari bermula 28 September hingga 12 Oktober depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961,” katanya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – SH