Semasa

Khabar Duka, Datuk Pangku Cucu Meninggal Dunia Saat Kereta Dirempuh Laju Oleh Remaja Tiada Lesen

Sungai Petani: Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya berusia setahun di atas ribanya terselamat selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Jalan Sidam Kiri, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 5.30 petang, mangsa yang berusia 63 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala bayi lelaki terbabit cedera di dahi.

“Pemeriksaan mendapati mekanik berkenaan memandu laju sebelum dia hilang kawalan serta masuk laluan bertentangan dan melanggar tiga kenderaan lain,” katanya.

Katanya, Toyota Corolla dipandu mekanik itu pada mulanya merempuh kanan lori sebelum bertembung Proton Saga dinaiki empat beranak manakala penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak turut terjatuh.

“Akibat daripada pelanggaran itu menyebabkan penumpang lelaki yang berada di tempat duduk belakang Proton Saga meninggal dunia tiga yang lain termasuk bayi hanya mengalami kecederaan.

“Pemandu Toyota Corolla didapati cedera pinggang serta lutut kanan manakala penunggang motosikal cedera kaki kanan dan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Zaidy berkata, siasatan dan pemeriksaan lanjut mendapati mekanik yang memandu Toyota Corolla terbabit tidak mempunyai lesen memandu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mekanik berkenaan yang didapati memandu laju hingga menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *