Seorang kakitangan jabatan agama yang juga imam berusia 40 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 12 pertuduhan merog0I, meliiwat dan melakukan amang sksual fizikal terhadap adik iparnya antara September 2017 hingga Jun lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Sabri Ismail dan Nariman Badruddin dalam dua prosiding berasingan dan memohon untuk dibicarakan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan. Mereka memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diberi jaminan.
Bagaimanapun, sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, kadar jaminan yang dicadangkan adalah sebanyak RM120,000 bagi kesemua 12 pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendedkati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai dibicarakan.
Peguam tertuduh, Andrew Lourdes, merayu mahkamah mengenakan jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai empatt anak berusia antara 16 hingga 3 tahun yang masih bersekolah, selain pendapatannya hanya RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM79,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Oktober untuk sebutan semula kes.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Kosmo Online