Tergamam. Begitulah perasaan yang dialami seorang kanak-kanak lima tahun ini apabila ibunya ditikam berkali-kali hingga mati oleh ayah kandungnya sendiri.
Lebih memeritkan, tragedi pembunuhan ngeri yang berlaku di Kampung Selaawi, Garut di Jawa, Indonesia itu disaksikan di depan matanya sendiri.
Ketua Polis Garut, Wirdhanto Hadicaksono berkata, punca suspek (Andi) bertindak kejam sedemikian adalah kerana masalah kewangan yang mereka hadapi.
“Motif utamanya menurut keterangan saksi adalah faktor ekonomi yang dialami mereka sejak kebelakangan ini.
“Suami tersebut (bertindak) menghempas kepala isterinya ke tembok dan kemudian sempat melakukan tikaman sebanyak lima kali,” katanya, memetik laporan Tribun.
“Kami akan dorong pusat kesihatan untuk menghantar ahli psikologi (dalam kes ini) bagi membantu pemulihan mentalnya,” katanya.
Sementara itu ayah mangsa, Edi Junaedi berkata, cucunya itu ada membuat panggilan video dan kerap bertanya tentang kepulangan ibunya, pada hari yang sama mayat ibunya sedang dibedah siasat di hospital.
“Katanya, ‘bila mama pulang…’, semalam semasa saya menunggu di hospital, dia buat video call dan tanyakan ibunya. Dia saksi langsung saat kejadian,” katanya.
Menurutnya, si cucu itu pernah mengadu kepadanya tentang sikap ganas ayahnya (Andi) yang kerap mengasari ibunya, namun dia tidak mengambil endah pada awalnya sehinggalah pembunuhan itu terjadi.
Andi kini sedang dirawat di hospital ekoran kecederaan yang dialami semasa cubaan membunuh diri. Kesnya diklasifikasikan sebagai jenayah membunuh dan perbicaraan serta hukumannya akan bermula setelah dia sembuh kelak.
kelak.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Sumber: Siakap Keli, Tribun News