Semasa

“Demi Pertahankn Maruah..” Bunuh Pakwe Sndiri Krna Dipaksa lakukan Hubngan seks, Remaja Wanita Brdepan Hukuman Gantung

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini pada 20 September lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat telah membunuh seorang lelaki bernama Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin, di sini pada pukul 8 malam, 20 September lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember depan bagi penyerahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh kemudian ditahan polis dan dikenakan reman tujuh hari bermula 21 September.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melakukan perbuatan itu semasa menentang kemahuan mangsa iaitu teman lelakinya yang mahu mereka melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.

Remaja berkenaan kemudiannya memaklumkan keluarganya berhubung kejadian tersebut sebelum pihak keluarga membuat laporan polis.

“Harap perbicaraan ni adil.peguam2 yg baik harus kedepan bantu.pendakwaan juga mesti hadap tertuduh utk kes yg paling ringan.
Klu kes2 mcm ni,kita rkyt msia bersatu hati dapatkan pengampunan..” – Amir Sulaiman

“Akhirnya mangsa menjadi pemangsa dan menjadi org yang tertuduh.
Kesian dia. Betul, tindakan dia berlebihan, tetapi dia cuma mempertahankan diri.” – Cik Puan Mawar

“Dunia dah terbalik..Takutnya nak hadap semua2 ni. Mcm2 aku hadap n nampak hari2..Ramai org mcm dah hilang akal. Yg betul bersalah, dan yg salah org sanjung. Takut sangat bila fikir yg anak2 kita akan hadap semua ni nanti.” – Edy Romeo

Sumber – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *