Semasa

Kehilangan pasangan hidup dalam kemalangan selepas 19 hari berkahwin

Kuala Krai: Peniaga maut selepas kereta dipandu hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, dekat Kampung Damar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, pemandu Perodua Kancil, Mohamad Norhakim Nor Rusdi, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit serta mengalami kecederaan parah.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu bas ekspres hanya mengalami luka dan calar di tangan sebelah kiri serta bawah dagu.

Mengulas lanjut Suzaimi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Baru Kahwin 13 Ogos Hari Tu

Menurut info dari pembaca dan juga kenalan mangsa, arwah baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 13 Ogos yg lepas.

“Innalillahiwainnailaihirojiun….. Semoga si isteri tabah & kuat hendaknye.. baru je kawin 13/8 hr tu..salam takziah….” – Aziatul Akma

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.20 petang dan sepasukan enam anggota dari BBP Kuala Krai serta dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, Perodua Kancil dan Perodua Kelisa.

“Seorang lelaki tersepit dalam kereta Perodua Kancil dan berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas yang mengambil masa selama 15 minit, namun disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

KOTA BHARU: Keindahan alam rumah tangga hanya mampu dinikmati seorang wanita selama kira-kira tiga minggu, sebelum suaminya meninggal dunia akibat nahas jalan raya di sini, petang semalam.

Nur Aishah Mat Hassan, 22, tidak menyangka keresahan hati sepanjang berada di tempat kerja selepas dihantar suaminya petang semalam, menjadi petanda lelaki dicintai dan dikahwini pada 13 Ogos lalu itu, akan pergi buat selama-lamanya.

Beliau berkata, sebelum arwah suaminya, Mohamad Norhakim Nor Rusdi, 21, maut dalam kemalangan di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, dekat Kampung Damar, petang semalam, dia beriya-iya meminta supaya arwah suami menghantarnya ke tempat kerja yang terletak di Machang, selepas arwah pulang dari berniaga sate.

Katanya, selepas menghantarnya ke tempat kerja pada jam 3.42 petang semalam, arwah suami bergegas ke rumah saudara di Kampung Pahi dekat Kuala Krai untuk berjumpa dengan adiknya yang akan bertolak ke Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, adik ipar menghubungi saya, memaklumkan suami saya belum sampai selepas menunggu selama sejam. Saya kemudian menghubungi telefon arwah lebih 10 kali, tetapi tidak berjawab, selain mesej yang dihantar melalui WhatsApp juga tidak dibaca.

“Sepanjang berada di tempat kerja, hati saya resah selain berdebar-debar kerana tidak dapat menghubungi arwah suami sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada keluarga yang memaklumkan anggota polis datang ke rumah dan meminta membuat pengecaman ke atas mayat yang terbabit dalam kemalangan di Kuala Krai.

“Ketika itu, saya sudah dapat merasakan, mangsa kemalangan yang maut adalah suami sendiri memandangkan nombor pendaftaran kereta yang diberitahu anggota polis adalah kenderaan dinaiki arwah ketika menghantar saya ke tempat kerja,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.15 petang semalam, pemandu Perodua Kancil, Mohamad Norhakim Nor Rusdi, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit serta mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad, berkata siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu dari arah Kota Bharu ke Gua Musang, secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres yang dipandu lelaki berusia 37 tahun.

Bas ekspres yang membawa 17 penumpang itu datang dari arah Gua Musang ke Kota Bharu kemudiannya bergesel dengan Perodua Kelisa dipandu wanita berusia 40 tahun yang ketika itu berada di belakang kereta dipandu mangsa.

Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu bas ekspres hanya mengalami luka dan calar di tangan sebelah kiri serta bawah dagu.

Sementara itu, 17 penumpang bas ekspres serta pemandu Perodua Kelisa tidak mengalami kecederaan.

Nur Aishah berkata, arwah suaminya sebelum ini seorang yang suka bergurau, namun sejak beberapa hari lalu berubah menjadi pendiam dan tidak menyangka perubahan itu petanda yang arwah akan meninggalkannya buat selama-lamanya.

“Saya dan arwah baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 13 Ogos lalu dan kini kehilangan pasangan hidup yang menjadi sandaran untuk bergantung harap, namun perlu kuat demi meneruskan hidup dan menerima qada dan qadar Allah SWT.

“Alhamdulillah, arwah juga suami sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pahi pada jam 11 pagi tadi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *