Semasa

Bila Adzan Berkumandang,, Saya Hanya Mampu Ambil Wudhu Dan Duduk DiSejadah Karna Tidak Tahu Solat

Kisah ini diambil dari perkongsian FB Maisarah Hannan yang merupakan seorang guru, seorang muallaf dan juga seorang aktivis masyarakat yang hebat menjalankan kerja-kerja kebajikan di pedalaman Sabah.

Menerusi hantaran terbaru di FB itu, Maisarah berkongsi kisah bagaimana dia mula memeluk lsIam yang pastinya akan menjentik perasaan orang ramai. Berikut perkongsian cikgu Maisarah;

Semangat berkobar-kobar tapi lucunya kain sembahyang yang dibeli pula singkat dan keras hahaha… Maklum saja, tak reti nak ukur paras mana yang sepatutnya. Semua kelengkapan yang paling murah saja.

Habis belajar saya hanya bekerja biasa. Hanya receptionist di De Choice Hotel, Tawau. Gaji tak besar. Lagi pula masa tu hanya keseronokkan yang difikirkan. Net Alive, RnB ibarat rumah kedua. Yaaa benar, begitula saya yang dulu. Saya bukan orang yang baik. Saya budak yang nakal.

Bangun Dan Berwuduk Setiap Kali Mendengar Azan Subuh

Meremang juga bulu roma masa tu. Sebab saya langsung tak mohon course itu, Universiti itu. Kenapa diberi ini…?? Sebab Tuhan nak permudahkan urusan saya sebagai saudara baru.

UIA dunia pertama saya, persekitaran pertama saya selepas bergelar muslim. Satu-satunya Universiti yang mewajibkan semua pelajarnya bertudung.

Pertolongan Nya tak habis di situ. Takdir Tuhan mempertemukan saya dengan sahabat-sahabat rumah sewa dari course pendidikan islam.

Bakal Ustazah. Maka di sinilah saya bebas untuk belajar segalanya tentang Islam. Betapa dipermudahkan urusan hijrah ini. Indah aturan Nya.

Dan sekarang alhamdulillah. Ilmu tidaklah banyak. Tapi asas itu In shaa Allah sedikit sebanyak membantu membentuk Maisarah yang sekarang. Yang masih punya banyak kekurangan, aib, kekhilafan.

Brothers & Sisters, tidak kira siapa kita dipermulaan kerana yang lebih penting adalah pengakhiran kita.
Hidayah itu nyata.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – FB Maisarah Hannan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *