Semasa

Buat konten jalan tepi keretapi, remaja cedera parah dirempuh laju akhirnya menerima waratan di hospitaI

Seorang remaja 17 tahun di India dilaporkan cedera parah selepas dirempuh oleh kereta api laju ketika sedang berjalan di sisi landasan. Difahamkan, insiden itu dilaporkan berlaku pada Ahad di Kazipet, Telangana, India.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Video insiden tersebut yang dimuat naik oleh pengguna Twitter menjadi tular yang memperlihatkan dengan sangat jelas insiden mengerikan itu.

Menerusi video yang dikongsikan, mangsa kelihatan tercampak ke udara sebelum jatuh ke tanah akibat dirempuh dengan terlalu kuat.

“Remaja 17 tahun cedera parah ketika sedang merakamkan video Instagram di landasan kereta api berhampiran Kazipet di Telangana,” tulisnya di ruangkan kapsyen.

Dalam pada itu, salah seorang individu yang berada berhampiran tempat kejadian telah memberi amaran kepada mangsa untuk tidak berjalan terlalu hampir dengan landasan kereta api tersebut, namun mangsa tidak memperdulikan amaran tersebut.

“Patut nye ukur dulu.. tahap keluasan trek, berapa besar kereta api Dan berapa jarak keberadaan engko dol. Ini x main semberono je engko. Malu xpe cedera parah tu yg engko rasekan.. next time ingat kalau nak bt content kire² dulu.” – Rayme

“Hahahahahahaha padan muka…..harap lps sembuh ni dpt la kamu hasilkan lg konten2 yg sebegini rupa….oooo…baru la kita semua tahu….rupanya bahaya berjalan dtepi landasan keretapi ni ketika ada keretapi yg sedang bergerak laju….” – Uda

“Dik, nnti jgn lupa dtg Malaysia, lepastu panjat menara KLCC kalau nk buat content. Apa barang main kereta api…terjun klcc la klau brani” – Favian

“Jangan bebudak kt Msia ni mengikut pulak benda² bahalol mcm ni.. trending konon sampai dah tak reti bahaya ke apa.. aje hawau kau…” – Mayden

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: First Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *