SEBERANG PERAI – Seorang pemandu bas kilang cedera parah apabila kenderaan yang dipandunya dirempuh oleh sebuah treler yang datang dari arah bertentangan di Jalan Perusahaan Perai di sini hari ini.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu berlaku ketika treler tanpa muatan yang menghala ke utara itu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Treler itu dikatakan merempuh sebuah bas kilang yang membawa kira-kira 21 penumpang di laluan bertentangan sebelum berlaku satu dentuman yang kuat berlaku akibat perlanggaran itu.
Dalam pada itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi berkata, ketika kejadian dia sedang berada di pejabat yang terletak bersebelahan lokasi kemalangan.
“Bunyi dentuman itu sangat kuat dan saya terus berlari turun untuk melihat apa yang berlaku walaupun kejadian itu berlaku di sebalik pagar tempat saya bekerja.
“Kejadian itu berlaku terlalu cepat, namun mujurlah tidak ada yang meninggal dunia,”
katanya yang memberitahu, dia sempat melihat beberapa penumpang bas keluar melalui pintu kecemasan dalam keadaan berdarah selepas kemalangan itu berlaku.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Dua parah, 15 cedera treler rempuh bas kilang. Kejadian berlaku di Seberang Perai malam tadi. pic.twitter.com/I9b7d1wNIv
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) February 12, 2022
Sumber Kosmo