Semasa

Anak Saya Lasak Walaupun Sakit Jantung Berlubang, Suami Rimas Cakp Anak Buas Lompat2 Macm Anak Berok

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Orang kata anak sulung kahwin anak sulung rumah tangga panas. Tak tahu betul atau tak. 2 tahun lebih kawen. Setahun baru duduk serumah 3 beranak. Dan sekarang saya sudah berkira2 untuk keluar rumah. Saya sedar d0sa isteri keluar rumah tanpa izin suami.

Saya sedar saya mesti taat pada suami. Tapi sampai bila harus hadap suami pnas bran.

Anak saya umur setahun pernah nangis menggigil ketaakutan masa suami baling pinggan lauk atas meja ke dinding sampai berterabur semua dibaling. Meja makan diterbalikkan.

Perasaan malu pada jiran tak payah cakap lah sebab duk kuaters confirm semua dengar. Dan hari ni dah masuk kali ke 5/6 dia mengaamuk hempas barang kaca dan mainan anak.

Sekarang cuma ada gelas dan pinggan plastik je kat rumah. Barang kaca sudah habis dibalingnya. Minggu lepas dia meng4muk.

Dan saya bagi amaran kalau buat lagi tunjuk pnas bran depan anak saya akan bawak anak keluar rumah. Saya tak sanggup tengok anak saya membesar dalam suasana maaki hamun hempas barang macam tu.

Anak saya belum lagi umur 2 tahun tapi dia dah terpaksa hadap semua tu. Bab cuurang tak payah cerita lah walaupun tak berduit dia ada rupa, bila nasihat, dtengking nya bukan bawak masuk hotel alasan kawan je pun.

Kawan apa kalau ada morning wish, selfie bagai. Game kalau ada waktu free kat rumah dari pagi petang malam tak boleh nak ditegur. Anak lasak sikit cakap anak buas macam anak beruk. Luluh nya hati saya.

Saya sangat bersyukur anak lasak tak duduk diam walaupun ada jantung berlubang. Saya korbankan ijazah saya dengan jadi suri rumah, tak da pendapatan.Ya, saya bersyukur part dia tak kedekut duit gaji nya selalu habis kat anak dan isteri.

Tapi bila melenting saya dimaaki nya sampai 7 keturunan. Sebelum ni saya mungkin bersabar sebab dia tak pernah naik tangan dan doa dia akan berubah.

Saya juga fikir susah untuk checkup anak kalau jauh dengan suami. Tapi bila fikirkan anak saya makin membesar dengan suasana macam tu, saya takut.

Suami saya dibesarkan dalam keluarga pnas bran & maaki hamun. Apa dia pernah tengok & hadap masa kecil dia , dia buat balik dekat saya. Saya dah puas menangis. Buntu.

Apa patut saya buat, bertahan dan terus berdoa agar dia berubah sampai anak dua tiga atau saya perlu pergi sementara dari dia, dan bagi pilihan sama ada dia nak berubah atau lepaskan saya?

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera untuk para pembaca. Maaf jika coretan ini bakal mengganggu emosi atau fikiran sesiapa. Niat aku bukan sekadar untuk meluahkan isi hati yang terpendam, namun aku juga mengharapkan agar coretan ini dapat dijadikan panduan & pedoman kepada pembaca-pembaca yang budiman.

Aku seorang wanita yang bekerjaya & berasal dari utara tanah air. Baru mendirikan rumahtangga & masih ‘struggle’ untuk menyelusuri alam perkahwinan ini.

Aku menetap berdua bersama suami & masih belum diberi rezeki memiliki cahaya mata. Suami aku juga mempunyai kerjayanya yang tersendiri. Kami masing-masing perlu bekerja untuk menampung keperluan satu sama lain (kami menetap di kawasan elit ibu kota).

Aku berkahwin dengan suami atas dasar cinta (mungkin la kot). Walaupun begitu, selama kami sudah berkahwin, aku masih rasa kosong kerana aku merasakan tiada istilah rasa sayang yang seikhlasnya dari seorang suami buat isterinya selama aku dengan dia.

Sehingga kini, aku selalu tertanya-tanya, apakah makna aku berkahwin jika tiada kemanisan yang harus aku kutip? Aku akui, tiada insan yang sempurna di dunia ini (kecuali Rasulullah saw) & kami perlu menerima kekurangan diri masing-masing. Namun, jika aku sahaja yang selalu menerima kekurangan dirinya, bagaimana pula dirinya terhadap aku?

Masalah yang paling utama aku hadapi ialah suamiku jenis yang suka “berangin” & sangat bran, kalah perempuan yang setiap bulan harus menghadapi PMS atau period pain. Keadaan moody dia, memang aku tak faham sebab ia boleh berlaku dengan tiba-tiba.

Sejujurnya, ketika aku berkawan dengan dia (sebelum berkahwin) memang aku tahu dirinya sangat bran. Tapi, ketika kami bersama menghitung hari ke alam perkahwinan, keadaan dia semakin berubah, agak berlembut & sabar.

Perkara tersebut yang membuatkan aku berani untuk meneruskan perkahwinan apatah lagi melihat ahli keluarga masing-masing sudah gembira menanti hari bahagia kami.

Namun, selepas berkahwin, aku semakin mengerti istilah “hangat-hangat tahi ayam” & keperibadian seseorang akan terserlah. Keadaan suamiku langsung tidak berubah & tidak seperti yang aku impikan.

Hal ini selalu menjadi punca untuk aku semakin stress & berendam airmata. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, aku selalu menangis sebab tak mampu nk ‘handle’ isu ini.

Walaupun aku tahu, keadaan bran dia tu kadang kala makan masa yang sekejap sahaja, namun aku gagal untuk menerima keadaan tersebut sebagai perkara yang normal.

Cuma sehingga ke hari ini, suamiku tidak pernah mencederakan diriku. Hanya sekadar marah, maaki hamun & caci maaki sahaja.

Pada awal perkahwinan kami pun, pantang silap sikit memang dia akan maaki hamun terus. Perkara sekecil seperti tersalah letak barang di dalam kereta pun menjadi titik permulaan untuk dia naik angin.

Kadang tu, aku terlewat pulang dari kerja dalam tempoh 5 minit pun boleh jadi isu untuk dia marah. Walhal, isu tu terlalu remeh & langsung tidak mendatangkan masalah atau kemudaratan.

Aku makin pelik seolah-olah suamiku seronok melepaskan api kemarahan dia kepadaku. Ketika dia marah & skit hati atas kesilapan orang lain pun aku juga dijadikan mngsa untuk terima tempias amarah & maaki hamunnya.

Keadaan ini membuatkan aku hanya mampu membayangkan suamiku adalah seorang yang berkisahkan marah, marah & marah lagi.

Untuk pengetahuan semua pembaca, aku ni pula jenis perempuan yang terlalu fragile (bak kata staf sama tempat kerja dengan aku ni) & aku juga jenis tak suka keadaan yang membingitkan.

Aku lebih banyak berdiam diri kerana aku tahu tiada penyelasaian antara kami yang akan berlaku. Hal ini kerana, setiap kali suamiku naik angin, dia akan maaki hamun secara menjerit-menjerit, tidak mengendahkan keadaan orang keliling ketika itu.

Walau aku cuba ingin pertahankan diri, namun tidak mampu berkata-kata kerana dia tidak mahu mendengarnya. Selagi amukannya tidak selesai, selagi itulah aku tidak boleh bersuara.

Keadaan ini membuatkan aku semakin berkecil hati & sering diam membisu. Suamiku tidak pernah fikir akan perasaan & maruahku di kalangan orang keliling kami.

Suamiku pula, sehingga ke hari ini, tidak pernah sekalipun dia cuba ingin selami hatiku untuk bertanya apa yang aku rasa selama ini. Kalau ajak berbincang untuk selesaikan masalah, memang jauh panggang dari api.

Selepas puas marah, kalau mood tiba-tiba elok, baru la nk cuba bermanja dengan aku seoalh-olah dia tidak melakukan apa-apa kesilapan.

Hakikatnya, ketika dia maaki hamun & marah aku, sikit pun dia tak rasa bersalah untuk cuba belajar mengawalnya. Bukan sehari dua, bukan seminggu dua, tapi berbulan & akan menjangkau tahun pula.

Aku cuba untuk menjadi penyejuk hatinya, tapi aku juga manusia biasa. Aku adalah wanita yang kadang kala lahiriahnya bersifat manja & ingin dimanjai oleh si suami. Namun, aku tak mengerti kenapa susah untuk aku memilikinya bersama suamiku ini.

Pada saat dirinya suka marah, caci maaki atau tiba-tiba sahaja beremosi, aku sangat teringin untuk mengetahui apakah yang tersirat di dalam lubuk hatinya ketika itu terhadap diriku.

Apakah dosa besar yang aku lakukan jika tiba-tiba sahaja dirinya marah padaku? Benci sangatkah dia pada aku? Siapakah perempuan yang layak untuk dia cintai jika aku hanya layak untuk dimarahi? Jika benar aku ini isterinya, memang beginikah selayaknya yang harus aku terima?

Bila suamiku terlalu asyik memaaki hamun, aku sangat kecewa & makan hati. Sehingga satu tahap, ayat “MENYESAL” sudah sebati dengan hatiku sehingga kini.

Keadaan ini memaksa aku untuk selalu mengimbau kembali memori suka-duka ketika aku masih ‘single’ (sambil menitiskan airmata). Perbezaan yang aku lalui membuatkan aku sangat menderita.

Seteruk-teruk aku ditimpa masalah, aku masih ada ibu untuk aku terus tujui. Sejahat-jahat manusia yang aku jumpa, aku masih ada ‘buddies’ (perempuan sahaja ye, laki aku tak minat nak lebih-lebih) untuk kami keluar buat aktiviti santai. Sepenat-penat fizikal & mntal, aku masih boleh travel & jalan-jalan dengan family aku bila ada kelapangan.

Semuanya aku lalui dengan keadaan yang sangat ceria disamping ahli keluarga yang aku cintai. Sebelum berkahwin, aku memang seorang yang ‘family woman’ kerana semua ahli keluargaku memang aku ambil berat.

Namun, semuanya seperti mimpi ngeri bila kehidupan aku berubah 360′ selepas berkahwin. Sebenarnya, banyak lagi isu lain yang aku hadapi dengan suamiku, namun cukuplah aku luahkan mengenai amarahnya sahaja.

Aku suka menangis dalam diam sebab aku tak tahu dengan cara apa lagi harus aku bersuara untuk suamiku faham akan diriku ini.

Paling ketara, aku menangis kerana dalam diam-diam aku selalu bersuara (mungkin ini juga 1 doa) bahawa aku tidak sanggup punyai anak dengan dirinya (tlg jangan marah atau sindir aku kerana berkata begitu). Biarlah aku sahaja yang menderita, jangan ditambah penderitaan kepada zuriatku kelak.

Sehingga kini, suamiku seolah-olah pelik & kononnya agak curiga kenapa kami masih belum dikurniakan rezeki anak. Ada waktunya, aku melihat reaksi sedihnya tatkala melihat pasngan lain sudah ada yang bunting pelamin la,

dah ada anak seorang la, dah bertambah anak la tapi kami masih belum ada peluang lagi. Apatah lagi kami memang tidak pernah mengamalkan sebarang perancang keluarga seawal perkahwinan kami ini.

Namun, suamiku lupa bahawa kuasa Allah SWT untuk memberi rezeki anak ini perlu selari dengan keadaan hambaNya. Hampir setiap kali apabila suamiku naik angin, pasti hati aku akan tersentuh & mula la berkata-kata tentang pelbagai perkara.

Kesedihan yang aku alami ni, hanya tuhan yang tahu kerana jauh di sudut hatiku ini, aku memang teringin sangat-sangat menimang anakku sendiri. Bohonglah andai seorang wanita normal yang tidak ingin mempunyai zuriatnya sendiri.

Aku teringin sangat-sangat untuk mendengar suara anakku sendiri bergelak ketawa, menangis, memanggil namaku, memeluk diriku, mendukung, mengusap airmataku, berjalan berpegangan tangan di mana-mana. Manisnya jika saat itu hadir kelak.

Tetapi aku tetap takut kerana masih memiliki suami sepertinya. Aku terlalu ‘overthinking’ sehinggakan tidak sanggup jika anak-anakku mengalami nasib yang sama dengan diriku, skit & kecewa kerana perbuatan ayah mereka.

Aku sedih jika anak-anakku hidup menderita di atas perlakuan suamiku. Tak mustahil jika suamiku akan cepat naik angin terhadap anak-anak kami nanti.

Maafkan aku wahai suamiku kerana jadi begini. Aku fikir kerana aku melihat, sehingga kini kamu tiada perubahan untuk menjadi seorang yang penyabar apatah lagi untuk mengurangkan sifat branmu itu.

Kerana branmu itulah, aku banyak kali ditimpa kecelakaan. Kerana branmu itulah, aku diletakkan dalam keadaan & suasana orang keliling membenciku.

Kerana branmu itulah, aku telah hiilang keyakinan & kewarasan otak untuk berfikir. Kerana branmu itulah, pudar terus rasa kasih sayangku ini untukmu.

Semoga kalian diluar sana yang menghadapi masalah bran atau ‘h0t tmper’, cubalah belajar untuk berubah demi kebaikan bersama. Percayalah, hidup kita ni tak pernah gembira jika disulami dengan aura negatif seperti bran ni.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Seri Norasma, Bagi dia pilihan?? Mmg x la dia nak dengar cakap awak dik..g pej agama minta pendapat yg pakar..taat jgn sampai memudaratkan diri dan anak2 ye syg..akk dpt rasa awk isteri yg baik..

simpan bukti amukan dan sekiranya adk keluar dr rumah sbb amukan terus g balai buat report ye..hubungi keluarga lindungi awak dan ank2 sementara awk buat keputusan..jaga diri baik2..mg Allah lindungi adk dan ank2.

Nur Eika, Suami sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri dan anak. Tapi tergamak suami awak maaki hamun dan tengking awak, baling-baling barang depan anak sampai anak ketakutan. Walhal isteri itu adalah untuk disayangi, bukan untuk dimaaki dan dihina.

Ingatlah bahawa sesungguhnya sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik terhadap isterinya. Nasihat saya, please move on. Awak berhak untuk dapat lelaki lain yang boleh menghargai awak.

Roha Adriana, Seram pulak bila bc kisah kau ni dik…klu akak laaa…ada ijazah… akak cari kerja…ank hantar pgasuh…tak kuasa nk hadap suami yg panas bran…org mcm nihh mcm skit….

kesian kat anak tuu dik…dah laa ada saakit jntung… dapat pulak bapak yg panas bran….sampai bila nk hadap panas bran tuu…klu suruh pi kauseling pun mesti suami tak mau kannn… bincang laa ngan family dulu setiap tindakan yg nk di ambik ya.

Ja Hamzah, Kalau rasa perkahwinan tu dah sampai tahap memudaratkan mntal dan fizikal apa lagi kepada anak² yang sedang perluukan kasih sayang dan perlindungan dari sorang ayah berpisahlah cara baik…

Suami tt tu bukan budak tak berakal…tinggal lagi terlalu ikutkan nafsu dan eg0 sampai bila pun perangai takkan berubah…kesian betul pada anak tt tu…kecik² lagi dah hidup dalam ketakutan.

Ela Pajila, Kalau sayang palir, bertahan dan berdoa jelah. Buat anak ramai2. Biar anak2 ikut perangai bapak dia. Pasal cari betina tu apalah sangat, celop2 je kot, bukan nikah pun kan. Janji malam2 dia “bagi” dah ok dah. bertahan lah. Kalau kena h1v pun xpa. Bertahanlah..

Aulia Medina, Pengalaman sy suami sy panas bran dlu. Tp berkat sabar doa setiap sujud. Alhamdulillah dia dh tkde bran lg. Boleh kira dh skg bpe kali je tu pun dia tkde nk mrh2 baling2 brf or pecah kan pintu.

Tp stu jela bersyukur dia tk pena skli pun sentuh sy. Even dia tgh mrh mendadak. Pena terlpas skli biru juga peha. Tp tu lah 1st n last dia meng4muk teruk.

Pastu since kejadian tu dia mcm dgn sndiri berubah yela, anak nk msuk 3 org dh pun. Cume klu dh melampau sgt. Smp sentuh diri kita teruk2 better blah jela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *