Baru-baru ini, tular satu tweet di platform Twitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna meluahkan rasa hairan dengan tindakan pihak polis yang menyaman abangnya.
Difahamkan abang kepada pemilik tweet itu telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah van polis yang merempuh belakang kereta abangnya.
Pada awalnya, pemilik kenderaan Ford Ranger itu telah memperlahankan keretanya sebelum memberi signal untuk menyeberang.
Bagaimanapun, tidak jauh sebelum tiba di garisan putus-putus, berlakunya satu dentuman yang kuat di belakang dan ia membuatkan Ford Ranger terbabit hilang kawalan lalu memasuki jalan di sebelah kanan.
Hal yang membuatkan pengguna itu berasa pelik apabila anggota polis itu menyaman abangnya pula, sedangkan kesalahan sememangnya dilakukan oleh anggota yang membawa kenderaan polis itu.
Lagi yang membuat gadis itu berasa geram apabila tiba di balai polis Temerloh, Sarjan di sana berkeras tidak mahu melihat rakaman dashcam dari kereta abangnya. Sebaliknya, meminta abang gadis terbabit melawan kes terbabit di mahkamah.
Walaubagaimanapun, tidak dipastikan apa yang dikatakan wanita ini betul ataupun tidak. Apapun, kita dengar dulu penjelasan dari pihak polis sebelum membuat apa-apa spekulasi.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: Twitter