Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi.. Aku “budak baik, (BB)”. Aku guna nama ni sebab aku rasa aku ni baik sangat dekat “someone’s” yang aku anggap special dihati aku..
Aku BB, umur awal 30an. Yes aku independence woman.
Alhamdulillah ada rumah, kereta dan saving sendiri.. Alhamdulillah rezeki aku.. Aku dah capai semua target aku di awal usia..
Cuma yang menjadi masalah nya sekarang.. “en. Tunang”. “En. Tunang” aku yang ambik masa terlalu lama untuk berehat.. Tak kerja, dan keep mintak duit belanja dengan aku..
Dulu dia kerja.. Lepas bercerrai. Dia jatuh sakit. Mulanya aku faham, sebab dia sakit.. Ye aku nampak dia sakit..
Tapi, sekarang, aku mula sangsi. Dia duduk berkurung dekat rumah, tak nak jumpa orang. Sebab aku penat kerja sorang sorang nak kumpul duit sorang sorang..
Setiap kali aku push pasal kerja.. Mesti gaduh… Sebab dia cakap aku tak faham yang dia nak masa untuk tempoh bertenang…
Aku pernah tanya. Kalau dia nak get back dengan ex-wife dia aku rela undur diri..
Tapi, dia cakap, dia tak kan balik dengan wife dia. Dia cakap cukup lah apa yang dia pernah lalui sebelum ni.
Gais… Aku nampak dia sayang aku. Aku nampak dia care. Family dia pun baik dengan aku.. Mak ayah dia pun bising pasal dia tak kerja..
Tapi masalah nya.. Dia keras hati.. Tetap nak tempoh berehat.. Dah dekat 3 bulan dah dia berehat…
Aku dan mak ayah dia dah penat bising. Bila kami bising dia cakap, semua orang tak faham dia, dia perlu masa. Dia nak tempoh bertenang..
Tempoh bertenang dia menggangu aku. Sebab keep pinjam duit aku untuk belanja dia.. Sampaikan aku terpaksa meminjam untuk bagi duit dekat dia.
Sekarang aku dah slow slow stop kan salur duit kat dia. Sebab bagi aku dia lelaki.. Dia kena cari duit sendiri. Bukan aku yang kene tanggung dia..
Dia cakap dia nak kerja. Tapi nak masa sampai habis bulan ni. Dan aku berharap ini bulan terakhir dia berehat.
Kalau dia teruskan “tempoh berehat” dia.. Mungkin bukan jodoh aku dengan dia… Doakan kami ye.. Andai ada jodoh kami..
Insya Allah, Allah akan mudahkan.. Andai kami tiada jodoh.. Tolong doakan aku kuat untuk terima..
Seriously, masa aku buka hati untuk terima “someone’s” aku berharap “someone’s” yang aku terima tuh jodoh aku.
Sebab aku rasa tak kuat, untuk putus tunang lagi.. Andai dugaan putus tunang terjadi lagi…
Mungkin.. Ni kali terakhir aku buka hati aku untuk lelaki..
Untuk en. Tunang, saya tahu awak takde perempuan lain, saya tahu awak sakit. Tapi, bukan itu alasan untuk keep berehat tampa buat apa apa.
Main game dan tengok video untuk hilangkan stress?! Kalau betul awak nak berehat, jauhkan game.. Jauhkan telephone.. Rehat lah.
Saya dah penat, tak tahu sampai bila saya bertahan dengan sikap awak yang macam ni..
Part lain awak bagus sayang. Tapi part tak kerja. Tu je masalah awak sekarang… Banyak saya plan kerja untuk awak.. semua awak tolak..
Dan sekarang awak fikir lah yang terbaik untuk awak. Kalau sayang kan hubungan ini tolong berusaha untuk “halalkan” saya…
Terima kasih untuk semua yang membaca.
Aku harapkan doa kalian.. Andai benar dia adalah jodoh yang terbaik untuk aku dari sisi-NYA.
Mudahkan urusan kami untuk menghalalkan hubungan ini. Semoga hubungan ini sampai ke jannah.
Dan andai dia bukan jodoh yang terbaik dari sisi-NYA untuk aku… Redha kan hati aku dengan ketentuan-MU Ya Allah.. aamiin..
Aku – Budak baik yang cuma teringin nak menjadi seorang bidadari buat sang suami di syurga.
Reaksi Warganet
Dilla Azman –
Red flag sangat. Dia willing kan nak bercerai dan dah ada you pun. Dah tu, apa yg dia stress sangat sampai tak boleh kerja tu?
Rasa lebih baik tanya dekat ex wife dia kenapa sampai tinggalkan dia. Entah entah sebab asyik meminta juga sebab tu wife tak tahan.
Yela, ikutkan kalau suami setuju nak cerai, mudah je prosesnya. Kenapa nak tunggu sampai ada supporter. Pelik.
Daisy Love –
Hehehhe, kesian awak. Saya harap sangat awak baca komen saya ni.
Meh nwk cite, memang sesuai lah awak guna perkataan supporter tu sebab memang awak betul betul maksudkannya.
Dia pergunakan awak je. Janganlah percaya yang dia sayang awak, please. Dia memang nakkan awak sebab awak dah ada segala galanya.
Cukup ciri ciri untuk menanggung biawak hidup sepertinya. Sudahla awak cukupla diperguna, diperalat dan diperbdohkan.
Nak kwin ni lama tau untuk seumur hidup. Kalau pun lepas ni dia kerja tak payahla teruskan dengan dia lagi.
Kalo dia baik dia takkan mintak mintak duit dari awak. Please bukak mata luas luas ye awak..
Hanalisa Razi –
Awal awal lagi banyak dah awak nampak.Kahwin ni satu penyatuan. Susah senang share sama sama sampai habis jodoh.
Tanya pada diri, lelaki macam mana yang awak Nak jadikan imam untuk diri dan anak anak awak.
Kita tak boleh ubah orang, Kita hanya boleh bagi panduan dan galakan sahaja. Selebihnya dia sendiri mesti ada kemahuan Nak berubah. Setakat sayang tak cukup.
Buka Hati adik. Solat hajat, doa banyak banyak Allah temukan jodoh dengan orang yang boleh bimbing dan beri kesenangan pada adik Dunia dan akhirat.
Jangan sebab lelaki yang adik Ada sebelum Ni buatkan adik patah semangat. Adik Ada Hak untuk disayangi dan dihargai sewajarnya
Nur Hidayah –
Dah nampak kenapa wife dia lari sebulat hati nak bercerrai dengan dia. Takut awak jadi mangsa pengganti ex wife dia je nanti.
TT biar lambat kahwin dari kahwin dengan lelaki yang bermasalah. Kalau cakap mak bpak dia pun dia buat tak endah apalagi cakap isteri berbuih mulut pun tak jalan jugak.
Kesian ex wife dia mesti legaa giler dah sah bercerai hmm.. Awak nak ulang episod sama jugak ke??
Awak rasa awak boleh ubah lelaki tu mimpi lerr ingat senang nak melentur rebung yang dah jadi buluh tua??
Lelaki nak didik perempuan insyaallah boleh, tapi perempuan tak boleh didik lelaki dengan egonya lagi errr.
Sebab awak tak kahwin lagi lar awak rasa ok kot ok, kot dah kahwin nanti menyesal tak sudah.
Tengok gaya laki tu pun jenis susah nak pulangkan isteri pada mak bapak dia elok elok.
Baik awak cabutlahh. Usaha lagi dengan orang lain. Biar putus tunang berpuluh kali dari nanti terpaksa tanggung derita sorang diri.
Mura Musa –
If there’s something that you feel it’s not right, please jangan ingat dia akan berubah lepas kahwin!
He will one day, AT HIS OWN TIME. It could be 1 month? 2-3 years? 15years? Not because of u, not because of the marriage or not even because of kids.
Also, come on. Normal wife takkan senang senang nak move out macam tu je and leave the husband without solid reason.
My guess is that the wife dah penat nak tanggung him but he doesn’t want to let go of her dan gantung tak bertali.
Please do your self a favour and find out the real reason they divorce first. Ask the wife about your fiance’s true character.
After all, orang yang pernah tido sebilik sebantal je tau perangai sebenar seseorang!
It seem to me that he only divorce her AFTER he found you. Ah- ha. Found the next wife or the next victim? Be smart sis. Good luck!
Sumber – “budak baik” (Bukan nama sebenar) via IIUMC