Semasa

Dilarang Pinjam Ambulans, Keluarga Terpaksa Usung Jnazah Seorang Wanita Sejauh 13km

Jenazah seorang wanita terpaksa diusung dengan berjalan kaki sejauh 13 kilometer (km), gara-gara sebuah pusat kesihatan didakwa enggan meminjamkan ambulans. Kejadian yang tular berlaku di Mamuju di Sulawesi Barat, Indonesia, pada kemarin lalu.

Menerusi satu video berdurasi 25 saat, jenazah yang berada di dalam keranda diusung oleh beberapa orang yang berjalan kaki di jalan raya.

Keadaan tersebut membuatkan keluarganya terpaksa mengusung jenazah pulang ke rumah sejauh 13km. Susulan kejadian yang tular, ketua daerah Mamuju, Sutinah Suhardu memohon maaf dan kesal dengan tindakan pusat kesihatan berkenaan yang tidak mempunyai inisiatif untuk menghantar jenazah.

Menyiasat perkara itu, Sutinah turut mengarahkan semua ketua pusat kesihatan supaya mengendalikan penghantaran jenazah dari pusat kesihatan ke rumah pengebumian sekiranya tidak berlaku kecemasan di pusat masing-masing.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar VIA MAJALAH SINAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *