Semasa

Duit dalam CIMB Dr Rafidah RM13000 tiba tiba Iesap, namun bila buat rep0rt, ini jawapan yang diberi memang tak masuk akal

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah hari ini memuat naik satu posting menyatakan kekecewan beliau dengan pihak CIMB Bank, di mana wang berjumlah RM13 Ribu lesap tanpa dapat di kesan

Melalui maklum balas dri CIMB, ternyata jawapan di terima buat Dr Rafidah kecewa dan memutuskan untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan perbankan dari CIMB setelah hampir 30 tahun menggunkan perkhidmatan dari bank tersebut

Berikut perkongsian dari Dr Rafidah

“SELAMAT TINGGAL CIMB

” Tidak apa. Saya redha.

“Yang pastinya saya langsung hilang kepercayaan kepada CIMB. Saya akan tutup akaun saya didalam masa terdekat ini.

” Hati-hati, mungkin berlaku kepada anda!

Rafidah Abdullah

Setakat artikal ini di tulis, luahan dari Dr Rafidah telah mendapat 7 ribu perkongsian

Ramai antara netizan ada berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen

– Dr Rafidah Buat Laporan Polis, Buang Semua Aplikasi Dan Reset Phone
– Duitnya dipindahkan Scammer dari CIMB ke Hong Leong Bank

Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah berkata beliau sudahpun membuat laporan polis, laporan ke Bank Negara serta telah reset semua telefon dan buang aplikasi di Iphone yang digunakannya.

“Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan iPhone dan tidak memuat naik aplikasi pelik. Mungkin ada yang dapat maklumat saya. Saya sudah buang semua aplikasi di telefon dan reset.

“Saya sudah buat laporan polis, CIMB, bank yang menerima duit saya (Hong Leong), email semua dan saya telah hantar laporan ke Bank Negara Malaysia,” katanya menerusi kiriman di facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, beliau menganggap duit itu bukan rezekny namun bimbang apabila membaca komen-komen di tulisannya sebelum ini.

“Tapi apa yang saya bimbang adalah apa yang saya baca. Nampak ramai sungguh yang terkena scam/hack begini. Sedih saya dengar Mak Cik Pak Cik dan rakyat yang kehilangan pendapatan dan simpanan mereka.

“Apa yang bank-bank ini buat? Hello, itu hak mereka. Ganti balik duit mereka.
CIMB: dah kenapa buat macam ini?

“Saya harap Bank Negara Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap CIMB dan mana-mana bank yang memberi laluan perompak merompak hak rakyat Malaysia.
Rafidah Abdullah,” katanya.

Beliau berkata nampaknya sekarang kena letak duit bawah bantal sahaja.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : kecohape / voice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *