Susulan keputusan mahkamah terhadap kes penyelewengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun tampil menitip pesan agar orang ramai tidak terlalu ‘bergembira’ dengan khabar berkenaan.
RAKAMAN VIDEO PERKONGSIAN USTAZAH ASMA KLICK DI BAWAH SEKALI
Menerusi video yang dikongsi semula pelakon Anne Ngasri di laman Instagram, Asma’ berkata bahawa dia agak terkilan melihat orang Islam khususnya menghina sesama sendiri di media sosial dengan perkataan yang kasar dan tidak sopan.
Tegas Asma’ lagi, umat Islam di negara ini tidak perlu terlalu mengagungkan arena politik sehingga perlu saling bermusuhan sesama saudara seagama.
Tak perlu kita timbulkan fitnah lain kerana ketidakpuasan hati kita, musuh Islam tepuk tangan lihat kita bergaduh sesama sendiri dan orang bukan Islam pula mengeratkan hubungan mereka.
Sebagai orang beriman kita tak boleh menghina atau kita tak boleh bergembira di atas kecelakaan orang lain lebih-lebih lagi saudara sesama Islam kita, tak kira siapa, bahkan orang itu pernah menghina dan fitnah kita.
Dalam pada itu, Asma’ menyeru agar orang ramai mendoakan Perdana Menteri Ke-6 itu agar berubah menjadi seseorang yang
lebih baik.
Terdahulu, Najib gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta, dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta.
Antara reaksi netizen :
“Betulkn ada kata2 yg pernah sya dgar..1kesalahan yg kita nmpak pada ssorg.10kebaikkn yg ada akan kita lupa..kita jgan lupa kebaikkan nya dimasa lalu….biarkah DSNR sepi seketika..DSNR akan bangkit dari kegagalan skrg..moga DSNR di kurniakan kesihatan yg baik.. Aamiin..” – Mar Sita
“Saya tidak merasa gembira malah amat sedih kpd perkara yg berlaku . Kerana perlaku seagama dan sebangsa dgn saya . Yang bersalah mesti menjalani hukuman samalah dengan kehidupan kita hingga keakhirat nanti . Yang membuat kesalahan akn mendapat balasanya dan yg berbuat baik akn mendapat balasan baik .” –
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI
Sumber: Instagram Anna Ngasri via Oh Bulan