Johor Bahru: Tuan Muhammad Shahzrul Ezzaiky pernah dipandang hina kerana statusnya yang bekerja sebagai kru di syarikat pembersihan.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Tanggapan itu pernah membuatkan pemuda mesra disapa Mamat itu segan untuk bercerita perihal kerja, namun kini tidak lagi apabila semakin selesa berkongsi pengalamannya yang mencari rezeki di Kota Singa menerusi platform TikTok.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Mamat memberitahu hasil pendapatannya yang mencecah hampir lima angka selepas ditukar kepada mata wang ringgit Malaysia.
Menurut Mamat, dia dulu adalah remaja yang nakal malah pernah dibuang sekolah namun faktor usia menyebabkannya ada kesedaran untuk berubah.
Katanya, peluang bekerja di Singapura juga mahu dimanfaatkan untuk membalas jasa ibu bapanya walaupun tidak mempunyai kelulusan tinggi.
“Ada saja yang kecam selepas saya kongsi kisah di TikTok tetapi mulut orang tidak boleh ditutup.
“Saya buat tak tahu saja kerana sampai bila nak malu dan sembunyikan pekerjaan kerana lambat laun orang tahu juga.
“Impian saya satu iaitu nak menggembirakan emak ayah malah setiap kali dapat gaji , saya akan dahulu mereka.
“Niat saya berkongsi pengalaman di TikTok pula supaya orang ramai tahu kerja macam saya ini juga boleh dapat pendapatan lumayan dan tidak seharusnya dipandang hina,” katanya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
SuMber HM