Semasa

Perjalanan makan malam bersama keluarga bertukar tragedi, Ruzie meninggal dunia kemalangan dua motosikal

Dungun: “Kami sekeluarga sepatutnya makan malam bersama, dia (arwah) minta kami tunggu dan bila agak lama dia tak sampai ke rumah, saya berasa tak sedap hati.

“Kemudian, terdengar orang memberi salam (di luar rumah), saya ingatkan dia yang memberikan salam itu, rupa-rupanya ia daripada rakannya yang datang memberitahu anak saya terbabit dalam kemalangan,” kata Salmi Abu Bakar, 46.

Menurut Salmi, sebelum kejadian, adik bongsu arwah, Khadijjah ada membeli ayam goreng untuk mereka makan malam dan dia ada menghubungi arwah untuk makan bersama.

“Dia (arwah) minta saya tunggu dan bila agak lama dia tak sampai, adiknya menghubunginya dan memberitahu dia masih dalam perjalanan.

“Saya rasa tak sedap hati sudah setengah jam dia tak sampai, sebelum saya terdengar orang memberi salam, rakannya datang membawa perkhabaran yang mengejutkan saya,” katanya.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua motosikal dari arah bertentangan bertembung sebelum kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan.

Berikutan keadaan jalan yang gelap, sebuah lagi motosikal dinaiki dua pemuda berusia 20-an gagal mengelak sebelum melanggar salah sebuah motosikal terbabit, namun kedua-dua mangsa hanya cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, Muhammad Ruzie disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala seorang lagi mangsa Muhammad Airie yang parah di kepala dan patah kaki maut di tempat kejadian.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *