Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila pelajar di sebuah sekolah menengah telah ditahan dan dikenakan saman oleh pihak polis atas kesalahan mengubah suai motosikal dan tidak mempunyai lesen memandu telah mencetuskan rasa tidak puas hati umum.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Malah, ada juga segelintir pelajar sekolah sanggup menunggu di sekolah dan tidak berani untuk mengambil risiko pulang ke rumah selepas melihat apa yang telah berlaku di hadapan sekolah mereka.
Difahamkan juga, motosikal yang didapati melakukan sebarang pengubahsuaian akan ditarik oleh pihak polis dan dibawa ke balai.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet sejak semalam dimuat naik di aplikasi tersebut.
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa kepada pelajar sekolah tersebut dan menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah tidak adil.
Bahkan, netizen turut mendakwa kerajaan kini terdesak untuk mendapatkan duit apabila menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran yang mudah untuk dikenakan saman.
Namun ramai juga yang mempertahankan tindakan pihak berkuasa.
“Bila takde penguatkuasaan mati katak, takde lesen, ubahsuai motor.. kata pihak berkuasa makan gaji buta. Bila pihak berkuasa ambil tindakan kata zalim… Elok sangat la tu ambil tindakan” – Che Mie
“Dah semakin biasa budak2 zman skg tingkatan 1 dh start bwk moto sdri gi sekolah.. Mgkin dh semakin relevan dgn zaman ni jd tukarlah dasar bleh ambik lesen moto shj awal tapi hanya lesen L yg khas utk tempoh lama sehingga umur 16..
Mereka dh byk di jalanraya sejak umur tingkatan 1.. Setidak2nya kalau buat mcm ni mereka dh ada pendedahan ilmu di jalanraya & cuba jaga betul2 lesen L mereka sehingga umur 16 supaya dpt teruskan ke lesen P..
Dlm tempoh lesen L ni biasanya mereka lebih jaga utk elak potongan merit & utk elak mereka dgn masalah ubahsuai moto bleh tetapkan pengubahsuaian tu pun akan menjejaskan mata demerit utk ke lesen P pd umur 16 nti.. Lesen L khas ni sticker dia bleh buat warna lain supaya pengguna jalanraya lain tahu & lebih berhati2 ketika menghampiri mereka di ats jalan..” – Faiz Fauzi
“Kalau umur 13,14 tahun jangan lah nak memandai bwk moto g sekolah tunggu sampai dah cukup umur ambik lesen, lepas 2 moto kalau ayah dah kasi guna bwk lah elok2 tak payah nk modi2 bagai helmet jgn lupa pakai” – Hafiz
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI
Sumber:Ohmymedia, TikTok @pidus_perak60