Semasa

“Pegang Tangan Dan Mengayat Tu Biasa” Gadis Penjaga Tol Dedah Tabiat Orang Nak Bayar Tol

“Pegang Tangan Dan Mengayat Tu Biasa” Gadis Penjaga Tol Dedah Tabiat Orang  Nak Bayar Tol. Biarpun tahap pembangunan Malaysia boleh dikatakan sudah jauh maju ke depan tapi malangnya, masih ada lagi rakyatnya yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah dan tidak tahu menghormati orang lain.

Berdasarkan sebuah artikel oleh iluminasi, seorang penjaga tol yang hanya mahu dikenali sebagai Mira ada berkongsi pengalamannya bagi menggambarkan betapa teruknya perangai sesetengah pengguna lebuh raya di Malaysia.

1) Lelaki selalu ganggu saya

Saya tak ada lah marah sangat kalau setakat yang buat-buat tanya dah kahwin ke, ada boyfriend ke, tapi bila dah mula pegang tangan, memang jahanam lelaki macam tu. Dia tak tahu kot kami ada cctv. Nak kami hantarkan bukti kegatalan anda pada isteri?

2) Baru nak bincang berapa nak topup
Banyak kereta beratur di belakang tapi bila dah sampai giliran dia, dia masih lagi berbincang berapa nak topup. Tak boleh ke putuskan awal-awal semasa beratur?

3) Tak reti perlahankan radio
Dengan muzik dung-dang-dung-dang dan suara lemah gemalai (walaupun jantan) anda harap kami boleh dengar suara anda nak topup berapa? Isk. Tolonglah perlahankan sikit radio kereta anda tu kerana kami perlu tahu berapa anda nak relod. Reload lebih tau pulak marah.

4) Tidak adjust kereta betul-betul
Yang ni lagi satu masalah pada kami. Maaflah, saya wanita, tapi saya akui benda ni selalunya berlaku pada pemandu wanita.

Badan sudah lah kecil, boleh pulak dia hentikan kereta jauh dari kaunter sehinggakan kami yang terpaksa hulurkan badan ke luar nak sambut duit. Boleh saja perlahan-lahan dekatkan kereta anda.

5) Sempat lagi membebel dekat kami pasal kena bayar tol

Oleh sebab itu kita sebagai pengguna lebuh raya pastikan anda tidak termasuk dalam golongan yang mempunyai 5 tabiat buruk ini ya!

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Face

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *