Semasa

Seorang Pelajar Tinggalkan Nota Selepas Curiy Duit Tabung Masjid RM7.85 Akibat Kelaparan

Terdesak beli makanan, pelajar kolej ‘curi’ duit tabung masjid RM7.85. Kisah yang ingin dikongsikan ini sebenarnya pernah tular beberapa tahun yang lalu. Ia bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah beberapa pihak turut terpanggil untuk membantu.

Akibat desakan hidup, seorang penuntut sebuah kolej telah ‘mencuri’ duit di dalam tabung yang dipercayai tabung masjid milik kolej berkenaan berjumlah RM7.85.

Apa yang membuat ramai berasa sebak adalah, individu terbabit telah meninggalkan nota mengambil duit berkenaan akibat kelaparan selepas beberapa hari tidak makan, malah berjanji akan memulangkannya semula.

“Assalamualaikum semua, saya pinjam duit tabung masjid RM7.85. Maaf saya dah tiga hari tak makan sebab saya tiada duit. Insyaallah dalam masa terdekat saya akan ganti balik.

“Saya salah seorang penuntut kolej ini, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda semua. Doakan saya kuat.” tulis individu terbabit.

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata kita semua supaya sentiasa cakna terhadap masyarakat sekeliling dengan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : kulihatlangitbiru via majalah perdana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *