Semasa

Ciuman Dn Pelukan Erat Ibu Jadi Petanda Mnjadi Tragedi, Kmalngan Hilux Hilang Kawalan Sebelum Di Rempuh

GERIK: Dakapan erat dan ciuman ibu tercinta menjadi petanda pemergian lima sekeluarga dalam nahas di Kilometer 62 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa di sini, pada Sabtu.

Perkara itu dikongsi Mohammad Firdaus Mohd Rodhi, 35, anak sulung daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Rodhi Othman, 64, dan Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, yang maut dalam kejadian itu.

Kejadian sekitar jam 3.45 petang itu turut meragut nyawa adik perempuan Mohammad Firdaus, Siti Aishah, 32, suaminya, Ahmad Khomainin Baba, 32, dan anak perempuan mereka, Zara Hana, 6. Siti Aishah bersama suaminya, Ahmad Khomainin dan anak perempuan mereka, Zara Hana maut dalam n4has Gerik pada Sabtu.

Mak beritahu mereka semua dah makan dan sedang bersiap-siap untuk bertolak balik. Dalam jam lebih kurang 2 petang, adik-adik saya sempat buat video call dalam kereta, mereka maklumkan ketika itu sudah sampai di Jeli.

Rasa ralat itu ada sebab saya tak sempat nak ikut sama video call, kalau tak, dapatlah saya tatap wajah mereka buat kali terakhir,” katanya.

Semasa mengetahui kejadian nahas itu, dia menghubungi polis dan dimaklumkan ada 10 mangsa terlibat dengan lima daripadanya meninggal dunia.

Saya ingatkan semua mangsa itu mungkin dari dua kenderaan berbeza, tetapi tak sangka kelima-lima itu semuanya melibatkan keluarga saya. Sedih memang sedih, tetapi ini takdir yang perlu kami terima kehilangan lima keluarga serentak,” katanya.

Dia berkata, bapanya merupakan bekas pensyarah dan ibunya bekas guru sangat aktif walaupun telah bersara dengan terlibat dalam perusahaan kolam ikan.

Sementara adik perempuan dan suaminya masing-masing bekerja sebagai pereka grafik. Semua jenazah akan dikebumikan dalam dua liang lahad di Kampung Permatang Sungai Dua, Butterworth Pulau Pinang pada Ahad.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *