Seorang ibu menuntut pampasan sebanyak 66 juta baht (RM8.2 juta) daripada pihak Universiti Khon Kaen, Thailand selepas insiden anaknya maut dilanggar bas universiti berkenaan.
RAKAMAN CCTV KEMALANGAN TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI
Si ibu mendakwa bahawa bayaran berkenaan adalah setimpal dengan mengambil kira pendapatan yang akan diperoleh oleh anaknya selepas menamatkan pengajian serta bekerja sebagai doktor sehingga usianya mencecah 60 tahun sekiranya mangsa tidak terlibat dalam kemalangan.
Dalam pada itu, abang kepada mangsa mendedahkan bahawa kawasan kejadian berkenaan sering berlaku kemalangan, namun mendakwa pihak universiti tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang perkara terbabit daripada terus berulang.
Dia turut menggesa agar pihak universiti menyiasat punca kemalangan dan menilai semula tahap pengurusan trafik di kawasan terbabit.
“Jika di kira bakal pendapatan anaknya yg dimaksudkan (pampasan 8.2Mil) yg dituntut itu di angarkan jika bekerja sbg doktor dan masih hidup berjumlah (tahunan) RM136,666 selama usia 60 tahun .dan pendapatan bulananya adalah RM11,388 (gaji doktor) untuk menyara waris atau maknya untuk hidup. So dia menuntut atas dasar pengganti pendapatan itu bg menyara keluarga yg ditinggalkan. Itulah jawpanya mengapa RM8.2 juta . Dan rasanya korang semua tahu apa yg perlu di bayar setiap bulan dan apa yg perlu di beli.” – Shahrol
“Thailand mmg mcm tu tuntutan dia kalau xcdent.. silap2 org yang langgar tu kene sara keluarga simati jika simati punca pendapatan keluarga..” – Nonie
“Bagus mak die sbb menuntut keadilan. Tp bila tgok balik video tersebut moto tu berhenti jaoh melepasi garisan putih. Rasenye bende tu pon akan d ambik kire nanti.” – Shakiera
“Terang2 moto tu herhenti dulu mustahil driver x nmpk compom main hp tu, elok tuntut lg bnyk berbaloi sikit…sian mak dia mungkin anak tu harapan keluarga…” – Roslinda
“Selayaknya mak dia berbuat demikian walaupon 8.2 juta x mampu hidupkan kembali anak dia. Kelalaian org, anak terima padah” – Fifa
“tgok dr cctv mmg jelas nampak moto tu berhenti xmungkin driver bas tu xnampak.nk kona masuk tu pon mcm laju ja.apapon semoga dipermudah segala urusan.tuntutan pampasan mak dia pon mcm mak tangmo buat dulu” – Nabilah
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Seorang ibu menuntut pampasan sebanyak 66 juta baht (RM8.2 juta) daripada pihak Universiti Khon Kaen, Thailand selepas insiden anaknya maut dilanggar bas universiti berkenaan. pic.twitter.com/gyKFjhV4J0
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) August 26, 2022
Sumber : Thaiger