Semasa

Mereka Bertiga Sangat Rapat..’ 3 Sahabat Karib MninggaI Nhas Dalam Kmalngan Di Dungun Dikebumikn Satu Iiang

Dungun : Tiga sahabat maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabit kemalangan di Kilometer 80 Jalan Jerangau-Jabur dekat Kampung Talang Bukit Besi, malam tadi.

Dalam kemalangan 8.45 malam itu, Mohammad Hafiqzie Mohd Zukri, 14, Muhammad Salman Faris Samsu, 14, dan Muhammad Faris Haikal Mohd Faizal, 14, maut di tempat kejadian.

Baharuddin berkata, kesemua mangsa yang tinggal di Rumah Kos Rendah Bukit Besi itu maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.

“Urusan bedah siasat selesai kira-kira 2 pagi tadi sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian,” katanya.

Katanya, pemandu kereta yang berusia 50 tahun serta isterinya yang berusia 45 tahun dan anak lelakinya yang berusia enam tahun cedera dan mendapat rawatan di hospital sama.

“Sementara seorang lagi anaknya yang berusia tujuh tahun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

….

Jenazah tiga sahabat karib yang maut dalam kemaIangan di Kilometer 80, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bukit Besi, di sini dikebu mikan dalam satu Iiang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi, hari ini.

Jenazah Muhammad Faris Haikal Mohd. Faizal, Muhammad Hafiqzie Mohd. Zukri dan Mohammad Salman Faris Samsu, masing-masing berusia 14 tahun disolatkan di Masjid Bukit Besi, sebelum dikebumikan kira-kira jam 10.30 pagi.

Suasana piIu menyeIubungi tanah perkuburan itu dengan kehadiran ahli keluarga, rakan sekolah dan guru yang mengiringi perjalanan akhir ketiga-tiga sahabat itu.

Ahli keluarga yang masih terkjut dengan tragedi yang menyayat hati itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan dengan pemergian ketiga-tiga anak bongsu dalam keluarga mereka.

Sementara itu, nenek Muhammad Faris Haikal, Nolida Ismail, 51, berkata, dia seakan-akan tidak percaya cucu yang dijaganya sejak kecil dijmput llahi pada usia muda.

“Mak cik masih terkjut dengan apa yang berlaku. Baru sahaja petang semalam kami berbual seperti biasa.

“LuIuh hati bila tengok jenazah cucu mak cik diusung poIis malam tadi,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.25 malam, ketiga-tiga remaja tersebut maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah Proton Saga Aeroback ketika dalam perjalanan untuk makan malam di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.

Norlida berkata, dia menjaga Muhammad Faris Haikal sejak Iahir selepas ibu bapa remaja tersebut berposah dan bekerja di luar Terengganu.

Sementara itu, abang ipar kepada Muhammad Hafiqzie, Ahmad Firkiran Usuluddin Pasaluddin, 26, berkata, hubungan tiga rakan tersebut rapat dan tidak menyangka persahabatan mereka hingga ke hujung nyawa.

“Mereka sangat rapat dan sering bertiga ke mana-mana. Lagipun, mereka merupakan rakan sekelas dan anak bongsu keluarga masing-masing.

“Muhammad Hafiqzie tidak menunjukkan sebarang perubahan. Memang kami sekeluarga sangat terkejut dengan pemergiannya,” katanya.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *