Bila buku bertemu ruas, itulah apa yang sesuai untuk kita gambarkan dengan apa yang berlaku kepada scammer ni. Siapa tidak geram dengan tipu daya yang digunakan scammer untuk pastikan mereka dapat perdaya mangsa.
GAMBAR PERBUALAN MESEJ PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Namun, tidak untuk lelaki ini apabila dia menghantar santau dan menyiksa scammer tersebut.
Itulah rayuan dari seorang scammer kepada mangsanya selepas menipu ketika proses jual beli.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh mangsa yang bengang apabila duit yang dibayarnya lesap dan barang yang dibeli tidak dihantar dalam tempoh dijanjikan. Disebabkan terlalu marah, mangsa tidak teragak-agak untuk menghantar santau untuk memberi pengajaran sehingga duitnya dipulangkan semula.
Aku cakap aku buat, kau bayar semula duit aku sebelum aku hantar lagi santau dekat kau. Salah orang kau nak scam.
Walaupun ramai yang berpuas hati melihat nasib scammer itu, ada juga yang merasakan perbuatan menyantau lebih kejam.
Niat tak menghalalkan cara walaupun dia pulang semula duit, dosa syirik dengan Allah? Dosa kita santau orang?- Netizen.
LIHAT GAMBAR VIRAL PERBUALAN MESEJ DI BAWAH
Harap apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran. Perbuatan salah tetap salah dan kita jangan sesekali melakukannya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: Kosmo