Semasa

Misteri BerBau Busuk Terbongkar Dengan Penemuan Mayat Waarga Emas

KUALA LUMPUR – Misteri bau busuk beberapa hari yang terpaksa dihidu penduduk akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas dalam sebuah rumah di pangsapuri Taman Maluri, Cheras, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah menerima laporan mengenai bau busuk itu kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cheras telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang lelaki terbaring di atas lantai kediaman.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras yang hadir di tempat kejadian,” ujarnya sebentar tadi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 67 tahun dan dipercayai tinggal seorang diri di kediaman berkenaan.

“Mangsa disyaki telah meninggal dunia antara tempoh lima hingga tujuh hari dan kita tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.

“Namun begitu, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *