Seorang juruterbang berjaya merakamkan penampakan kilauan cahaya merah misteri ketika melintasi awan Lautan Atlantik, lapor Daily Mail. Rakaman itu telah dikongsi di sebuah laman Reddit dan menerima ribuan komen daripada para pengguna.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Cahaya merah misteri itu malah dikaitkan dengan sebuah siri ‘Stranger Things’ yang ditayangkan di aplikasi Netflix. Menurut mereka, cahaya merah itu seakan ‘watergate’ iaitu sebuah portal bawah air yang menghubungkan alam semesta selari yang ngeri iaitu Upside Down.
Tiga imej yang turut dikongsi oleh juruterbang telah diambil pada 22 Julai dan dikongsi ke Reddit dengan harapan ia dapat membongkar misteeri cahaya tersebut. Hal ini kerana, sepanjang kariernya sebagai juruterbang, dia belum pernah melihat perkara seperti itu terjadi.
Hal ini kerana, ikan Saury lebih tertarik dengan lampu merah yang terang. Apabila lampu diletakkan di bawah air, ia akan memantulkan zarah dari dalam air. Zarah-zarah kecil ini meningkatkan sumber makanan semula jadi untuk dijadikan sebagai umpan.
Walau bagaimanapun, pengguna Reddit memanfaatkan sepenuhnya peluang itu untuk membincangkan mengenai teori akhir zaman dan kemunculan makhluk asing.
Antara yang paling popular ialah perbandingan Stranger Things di mana, dalam musim keempat, portal dibuka di Tasik Lovers Hawkins.
“Dustin cuba membuka portal ke arah dunia terbalik, ia benar-benar ‘watergate’,” komen pengguna.
Menurut sumber, ia bukan kali pertama juruterbang melaporkan penampakan pelik seperti itu.
Pada 2014, juruterbang Boeing 747 – 8 menyatakan bahawa ketika dalam penerbangan dari Hong Kong ke Anchorage, dia pernah terlihat awan bercahaya di selatan semenanjung Rusia, Kamchatka.
Dia menjelaskan bahawa dia dan pembantu melihat kilauan cahaya yang kuat seperti kilat secara menegak ke atas dan diikuti dengan cahaya merah dan oren pekat pada 20 minit kemudian.
Pengalaman itu membuatkan dia gelisah kerana kejadian itu tidak memiliki sebarang penjelasan. Menurutnya, tiada sebarang petanda ribut petir di laluan atau radar cuaca mereka.
Selain itu, lampu serupa telah dikesan dari bot memancing sotong, tetapi dia berkata kejadian itu tidak masuk akal sekiranya berlaku di kawasan tersebut.
“Semakin kami dekat, semakin kuat cahaya itu menerangi awan dan langit di bawah kami,” ujarnya.
Satu-satunya punca yang boleh difikirkan oleh juruterbang itu adalah disebabkan l3tusan gunung berapi di bawah permukaan lautan 30 minit lebih awal.
Walau bagaimanapun, tiada kepulan abu yang menyusul dan mereka tidak dimaklumkan tentang sebarang aktiviti l3tusan.
Insiden yang lebih baru telah dirakam pada tahun 2020 oleh juruterbang lain yang turut terbang di atas Lautan Pasifik. Imej-imej itu dirakam ketika pesawat itu berada di tenggara Laut Okhotsk.
Video footage of a mysterious red glow over the Atlantic Ocean pic.twitter.com/jHTtnLUlRm
— MONEYWAY (@skylawhylaa) July 20, 2022
Ketiga-tiga gambar itu, yang turut dikongsi di Reddit, menunjukkan cahaya yang sama memuncak dari bawah awan dan sebahagian besar komen menunjukkan bot nelayan.
Sumber: Daily Mail via siakapkeli