Menerusi perkongsian Arul di Facebook, dia yang telah bekerja dengan sebuah bengkel kereta kemalangan dan pusat tuntutan insurans, telah menfailkan tuntutan gaji OT, gaji cuti hari rehat dan juga gaji cuti hari kelepasan am terhadap majikannya.
Difahamkan, Murali seorang sahaja yang menjaga keseluruhan stor bengkel yang menempatkan kereta-kereta kemlangan yang sedang melalui proses bayaran insurans. Majikan bengkel tidak mengambil pekerja keselamatan tambahan. Maka dia diminta bekerja dari 7 malam sehinggalah pejabat bengkel tersebut buka pada jam 9 pagi pada hari keesokannya.
Tetapi pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa majikan mengabungkan bayaran elaun petrol dan caruman KWSP untuk memberikan gambaran bahawa suatu jumlah besar telah dibayar kepada Murali dan tuntutannya tidak betul.
Majikan akhirnya bersetuju membayar sebanyak RM58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian
Tuntutan Murali sebenarnya melibatkan pelbagai komponen seperti tuntutan gaji lebih masa (OT) hari kerja biasa, hari rehat, hari kelepasan am, gaji kerja hari rehat dan gaji kerja hari kelepasan am.
Majikan pun mengaku bahawa bayaran gaji kerja lebih masa sememangnya tidak dibayar kepada Murali, maka mereka mencadangkan suatu penyelesaian dibincangkan tanpa melalui perbicaraan penuh.
Selepas rundingan beberapa kali di antara majikan dan pegawai, akhirnya majikan bersetuju membayar sebanyak RM58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian. Jumlah tersebut adalah lebih kurang bersamaan dengan RM1,600 sebulan gaji lebih masa untuk 3 tahun.
Seperti Murali, ada ramai lagi pekerja keselamatan yang diti.pu tanpa dibayar gaji lebih masa, walaupun ianya jelas dinyatakan sebagai amaun yang perlu dibayar oleh majikan dalam Akta Kerja.
Maka, lebih ramai lagi pekerja keselamatan harus memastikan bahawa hak mereka terbela dan kiraan gaji merangkumi bayaran gaji kerja lebih masa.
Rakyat pekerja hanya dapat mengajar majikan-majikan seperti ini, jika lebih ramai lagi yang menfailkan kes dan mengheret mereka ke Mahkamah Buruh.
Tindakan ini amat penting, demi memastikan industrI pengawal keselamatan ini menghentikan penindasan dan perampasan hasil titik peluh pekerja tanpa membayar gaji OT.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : says.com