Semasa

Tiga Lelaki Culik Dan Bvnuh Kanak-Kanak 11Tahun Terima Padah Dibakar Hidup-Hidup

Tiga lelaki yang menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah diheret keluar dari balai polis Guatemala oleh penduduk kampung sebelum dibakar hidup-hidup, lapor portal berita MailOnline semalam.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Ovidio Mendez, 24, Selvin Perez, 24, dan Samuel Godinez, 38, terbunuh pada Isnin lalu di bandar Colonango.

Suspek telah menculik Freddy Mendez pada 12 Ogos lalu dan meminta wang tebusan berjumlah AS$19,500 (RM87,116) sebagai pertukaran untuk pembebasannya, demikian menurut Polis Guatemala.

Keluarga itu meneruskan pembayaran wang tebusan tetapi mangsa tidak pernah dikembalikan.

Penduduk yang marah bertindak menangkap ketiga-tiga suspek pada Isnin lalu dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan penduduk itu menyerbu balai, mengalahkan polis dan membawa salah seorang suspek secara paksa ke kawasan hutan.

Mereka memukul, menyiram petrol ke atas badan dan membakar suspek tersebut selepas dia mengesahkan bahawa mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan ditanam di dalam lubang.

Dalam menuntut keadilan dengan cara mereka sendiri, penduduk kampung kembali ke balai dan mengheret keluar dua suspek lain dan mengulangi hukuman itu sekali lagi.

Mereka turut membakar rumah salah seorang suspek. Mayat mangsa ditemui pada Rabu lalu, demikian menurut media tempatan.

“Alhamdulillah,pembalasan setimpal dan sangat tepat tindakkan org kampung tu.” – Gilang

“Ini lah yg berlaku bila rakyat dah tak percaya kepada sistem keadilan. Yg menangkap penduduk & yg menghukum juga penduduk.” – Wahid

“Klau masyarakat tak btindak sendiri sahih suspek tlepas punya…dpt duit tebusan byk kasi bayar pihak bkuasa sikit menyengkoi la deme” – Amir

“Rakyat Guatemala lebih suka menghukum penjenayah sendiri daripada menyerahkan mereka pada polis. Sama kes 2014 sorang gadis dibelasah dan dibakar hidup-hidup oleh penduduk, sebab merompak dan membunuh pemandu teksi. Mungkin kalau serah polis pun denda 2k lepas balik..” – Luziaf

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *