SUNGAI PETANI- Seorang suri rumah maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai dirempuh dari belakang dalam kejadian langgar lari di Jalan Bukit Kechil,Tikam Batu dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, mangsa, Habakhozah Azmi, 46, dari Kampung Perlis, Simpor meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa yang tidak bekerja maut selepas alami kecederaan parah di kepala kerana digilis oleh kereta yang sebelum itu merempuhnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, ketika kejadian suri rumah itu menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan ke Kampung Sungai Pasir.
“Mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta Honda Civic yang dipandu laju oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mengekorinya di laluan sama.
“Akibat rempuhan kuat itu mangsa terpelanting ke tengah jalan dan digilis pula oleh kereta sama menyebabkan mangsa meninggal serta-merta,” katanya.
Bagaimana pun kata Zaidy, pemandu kereta itu kemudian melarikan diri sebelum kenderaannya ditemui ditinggalkan di Taman Teluk Baiduri lebih kurang 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
“Semakan polis mendapati pemandu yang melarikan diri itu dikenal pasti sebagai Muhamad Asraf Rosli seorang pengganggur.
“Usaha polis mengesan suspek di rumah ibu tirinya di Kampung Simpor gagal menemuinya dan dimaklumkan dia tidak pulang ke rumah sejak lima hari lalu,” katanya.
Kata Zaidy mayat mangsa dihantar untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim.
“Kita sedang meneruskan usaha menjejaki suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – UTUSAN