Bakal pengantin selalunya akan bersiap sedia membuat persiapan majlis perkahwinan beberapa bulan lebih awal kerana ada banyak hal yang perlu diselesaikan.
Bagi pengantin perempuan pula, bridesmaid antara isu penting yang perlu dimaklumkan awal untuk memberikan masa kepada mereka melakukan persiapan seperti soal baju dan sebagainya.
Menurutnya, bayaran tersebut adalah sebagai sumbangan dan ‘contribution’ untuk majlis perkahwinannya itu. Lebih memeningkan kepala lagi, bayaran itu juga tidak termasuk dengan baju yang perlu dipakai oleh para bridesmaid yang dilantiknya.
“I perlukan RM500 setiap seorang for contribution and baju bridesmaid on you. I cuma bagitau warna apa. Bila dah bank in, bagi resit eh babe ok.”
Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang turut sama terkedu melihat permintaan bakal pengantin ini. Malah ada yang menganggap agak keterlaluan untuk bakal pengantin itu meminta wang daripada bridesmaid untuk majlis perkahwinannya sendiri.
KOMEN DARI NETIZEN :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Himpunan Lawak