Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, 38 akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 hingga 30 September depan di atas 11 tuduhan gangguan seksuaI.
Untuk makluman, pada 18 Februari lalu, pendakwah berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah bagi menghadapi 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksval.
Walau bagaimanapun, Ebit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Pendakwah yang terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’ itu juga telah dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan yang Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: The Merdeka Times