Bagi individu sudah berkahwin, mereka mempunyai kelebihan apabila tiba waktu makan. Berbeza dengan golongan bujang, segelintir suami membawa bekal yang disediakan oleh pasangan.
RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI
Tak perlu pening kepala nak makan apa dan di mana, jimat pun jimat. Tindakan seperti itu dapat dilihat pada seorang lelaki ini yang menjamah air tangan isteri ketika makan tengah hari bersama rakan-rakannya.
Menerusi aplikasi TikTok, @bosshukex atau Mohd Shukrie Rahim memuat naik video yang dirakam salah seorang rakan memaparkan dirinya ‘dibahan’ kerana menikmati bekal dibawa dari rumah.
Menjengah di ruangan komen, video menerima 1.2 juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang ‘membahan’ semula golongan bujang tersebut kerana seolah-olah memandang rendah terhadap individu membawa bekal.
Rata-rata menyifatkan Mohd Shukrie adalah suami terbaik kerana menghargai masakan isterinya yang dijamin lebih sedap dan bersih berbanding makan di luar.
“nak bahagia perut suami dan anak² kena jaga. caranya ? ikat selera dorang. air tangan isteri dan ibu lagi berkat. orang bujang apa tau.” – Safirah
“Yg berckp tuu X berbini tak pon Bini pemalas.. at least terjamin halal, bersih, ikat kasih syg, jimat duit.. yg berckp tu jeles bang just ignore kata² jeles tuu” – Azie La
“Aku boleh katakan hampir setiap hari bwk bekal sarapan n lunch dr bini..xkisah pon kwn2 bahan ke ape..lama2 dorg diam n phm..aku suka bwk mknn air tgn isteri..aku hargai isteri aku..lebih berkat n semakin erat hubungan kami” – Nabil
“Saya seorg isteri yg sentiasa masak utk bekal saya dan anak2..suami x nak bawa may be malu..satu hari blh jimat rm15…kira sebulan dan setahun” – Rasna
“Orang tu nak makan luar pon lebih dari mampu agaknya tapi siapa boleh lawan air tangan isteri kan.” – Ann
Lelaki bila lepak, mungkin sekadar gurauan antara mereka. Siapa tak sayang isteri, masakan tu la pengikat kebahagiaan rumah tangga. Perut kenyang hati senang!
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI
Sumber: TikTok @bosshukex