Semasa

Bayi 11 Bulan Ditemui Tidak Sedarkan Diri, Bapa Terkilan Pengasuh Enggan Dedahkan Hal Yg Sebenar

Ibu bapa tidak sedih apabila mendapat tahu anaknya yang masih kecil ‘pergi’ terlebih dahulu lebih-lebih lagi diusia muda.

Itulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini apabila tidak menyangka kerenah lebih mesra berbanding kebiasannya disusuli dengan berita sedih ketika berada di rumah pengasuh.

Lebih memilukan apabila mereka kehilangan bayi perempuan berusia 11 bulan yang didakwa ditemui terbaring di atas lantai rumah pengasuh dan tidak sedarkan diri.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesyaki saluran pernafasan Delisha tersumbat, namun setelah melakukan pemeriksaan lebih lanjut, mereka menemui kesan lebam di bahagian dahi, selain penemuan kesan retakan di dalam kepala.

“Saya tanya sekali lagi, anak saya ada jatuh atau terhantu. Pengasuh itu bersungguh-sungguh bagitahu tiada,”tulisnya dalam sebuah hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, pasangan tersebut terkejut apabila mendapat tahu pengasuh tersebut menjaga lapan budak sekaligus selain kini sedang hamil lima bulan.

Ternyata ia amat mengejutkan mereka kerana semua perkara tersebut tidak pernah dimaklumkan oleh pengasuh tersebut sebelum ini. Dalam masa sama, pengasuh itu mengaku Delisha berkemungkinan ‘dibuat’ oleh kanak-kanak lain yang turut tinggal bersama-sama pada ketika itu.

Di akhir hantaran Facebook See Kay, pasangan itu mengatakan mereka redha dengan pemergian bayi perempuan mereka. Pun begitu, mereka tetap berharap agar individu bersalah tetap dikenakan hukuman setimpal dan kes tersebut telah dilaporkan ke pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – See key : Omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *